Monday, April 15, 2013

Resepi: Karipap Sardin



Assalamualaikum w.b.t

Baru first day cuti pertengahan sem, dah tak tau nak buat apa.hehe

Petang tu tetiba terasa nak buat karipap sardine. Dari hari tu rasa nak buat Cuma tak berkesempatan je.hehe.. So, nak buat karipap sardine, apa yang penting? Haruslah sardine kan. Heee

Selongkar laci tak ada la pulak sardine. Tengah hujan lagi. Tunggu punya tunggu, reda sikit hujan. Renyai-renyai je. Jadi, boleh lah pergi kedai beli sardine. :) Jalan kaki ok. Siap berpayung lagi.haha.. Terasa macam siti sifir. :P





Ok. Sardine dah ada. Beli tin yang paling besar lagi. Tamak betul.hihi..

Tapi kan sardin ni makin lama makin mahal. Tak tau la macam mana bila aku dah kahwin nanti. Budget barang dapur kena up sikit la.hehehe..


Resepi ini aku ambil dari Majalah MIDI. Majalah untuk mereka-mereka yang berumur 40-an. Aku baru 23 tahun ok. :P







Ini pun baru first time aku buat sendiri bancuhan. Selalu kalau buat, emak yang sediakan semua. Aku tolong bentukkan karipap je.hehe.:)


BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum
3 sudu marjerin (dicairkan)
5 sudu besar minyak masak (dipanaskan kemudian dibiarkan suam)
Sedikit air
Garam secukup rasa

Bahan Inti;

1 tin sardin
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji bawang putih (dicincang)
1 sudu cili kisar
Garam dan gula secukup rasa


Eh! ini gambar inti kentang.haha :D


 CARA-CARA (ini explain ikut cara aku):

1.       Dalam bekas besar, masukkan tepung gandum. Kemudian tuangkan minyak masak kedalam bekas tadi. Gaul sedikit.
2.       Cairkan mentega di atas api. Bila sudah cair, tuangkan ke dalam campuran tepung dan minyak tadi. Gaulkan lagi.
3.       Kemudian, tambahkan air. Aku guna air suam. Tambahkan air sedikit demi sedikit sampai bancuhan tadi menjadi doh dan tidak melekat lagi di tangan dan dinding bekas.
4.       Jangan lupa masukkan sedikit garam. Dah pun siap.
5.       Untuk membuat inti sardine pula, asingkan isi sardine dengan sosnya.
6.       Di dalam minyak panas, tumiskan cili kisar, bawang besar dan bawang putih. Kuantiti bawang besar tu ikut la nak banyak ke sikit. Aku guna 2 biji.hehe..
7.       Bila da naik bau, masukkan sardine. Gaulkan dan hancur-hancurkan sedikit sardine tu.
8.       Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian, tumiskan sehingga masak.
9.       Sebelum disejukkan, pastikan inti sardine tadi tu sedikit kering ok.
10.   Lepas tu, boleh lah bentuk-bentukkan karipap sardine tu. Kalau rasa nak buat panjang-panjang pun boleh. Bentuk karipap yang biasa tu pun boleh jugak.hehe..






Dah siap. :D


Mak cakap boleh buat jual.haha.. Tapi nanti aku rugi sebab sardin banyak betul.haha.. Selalu orang jual bawang besar je yang banyak.huhu. :P Ye la, mau tak banyak. Dah kate pun tamak beli sardin tin paling besar.haha :D


Selamat Mencuba! :)



3 comments:

Saufa Sakinah@ hAda said...

Mcm best jer karipap ni...slalu usha dapur bakery je...ni nak usha dapur basah plak...esok balik keje nak cube la...mintak halal tau resepi

Mohd hafiz bin mohd arshad said...

sedapnye karipap sardin nk 100bijik karipap boleh tak..

uchna said...

haha.. da ada resepi. sila la cuba.huhu :)