Friday, April 18, 2014

Kek Batik



Assalamualaikum w.b t.


Currently in state of losing my mind.haha. Stress gile rase bila dah abis blaja ni.haha.. Rinduuuu nak dok dlm lecturer hall, terkejar2 g kuliah, lepak2 ngn kwn2 kt dataran kimia.hahaha..

16 Januari 2014, tarikh exam last paper tok last sem kt UM. A few days lg genap 3 bulan aku abis belaja.hehe.. After 4 and half years bertapa kt UM.huuuu. Lagi 5 bulan kot nk attend majlis konvo. Lamaaanye.. Ye la, org lain buat 4 tahun, aku tambah lagi satu semester. Org lain abis bulan 6 2013, aku abis bulan 1 2014. Org lain dah kerja, aku tengah mencari lagi. L Loner gile rase hidup 5 bulan tu.hahaha.. Nak2 lagi dok umah, kelas isnin rabu je. Memang takde maknanye aku nak jejak kaki kt UM tu hari2 takde klas.

One of the thing yang aku WAJIB buat abis je blaja ialah  bayar balik pinjaman Yayasan Selangor. Abis belaja Januari, start kene bayar pn Januari jugak. Mane tak koyak poket. Kerja pun tak lagi.hihi.
5 months hidup as a loner, aku dapat hobi baru that’s cooking and baking, walaupun tak berapa nak berbakat.haha.. Being a jobless person, yet nak jugak buat hobi ni (cause aku rasa macam useless gile dok umah kalau tak buat apa2.) so kene la cari resepi yang mudah dan tak memerlukan kos yang banyak.hehe..




One of the simple and easy recipes, kek batik! Haha.. tak thrill langsung rase nak kongsi resepi kek batik.haha.. Orang dah try resepi ni berkurun2 dah.haha..
Ada aku kesah? Nak share jgk.hihi J


Bahan-bahan:
300 gram biskut marie - dipatah 4
200 gram milo
250 gram susu pekat
2 biji telur
3 sudu besar planta / butter


Cara membuat:
1)      Satukan semua bahan di dalam kuali kecuali biskut marie.
2)      Kacau hingga semua bahan sebati.Gunakan api yang paling kecil.
3)      Kacau lagi hingga bancuhan coklat menjadi pekat. Bila bancuhan dah jadi pekat dan likat, masukkan biskut marie
4)      Kacau lagi hingga biskut tersalut dengan coklat (hati-hati semasa mengaul, jangan sampai biskut hancur).
5)      Curahkan kek batik ke dalam loyang yang telah disalut dengan kertas minyak atau plastic. Ratakan dan tekan kek batik semasa kek batik masih panas supaya ianya mampat.
6)      Masukkan dalam peti ais atau pun biarkan ia sejuk barulah buleh di potong - kalau disejukkan semalaman dalam peti ais akan memberikan hasil yang memuaskan.







Sorry la tapi aku pun tak ingat kat mane dapt resepi ni. Lama dah simpan dalam laptop. Mintak halal ye sape2 punya resepi ni. J

Selamat mencuba!



P/S: Doakan saya, currently in mood cari kerja lagi.hehe. J

Monday, March 3, 2014

Dream



Why.

I keep dreaming about him.

And keep hating him even in my dream.






Monday, April 15, 2013

Latihan Industri: Nuklear Malaysia III



Assalamualaikum.

Sepanjang LI, banyak jugak aktiviti yang kitaorang buat kat sini. Ye la, nak kurangkan stress orang bekerja la katakana.hehe..

Kalau hari-hari kerja tu. rutin kitaorang lebih kurang sama je. Bagun pagi, siap-siap. Gerak pergi kerja paling lambat pun pukul 7:15 pagi. Ye la, nak lalu depan UKM Bangi tu memang jem la. Dengan traffic light dia lagi. Kadang-kadang sampai 3 kali lampu merah baru lepas.huhu.. Nasib baik ada JOHARA pagi di Era. Memang kitaorang gelak je la on the way pergi Nuklear tu.huhu..


Kalau sarapan pun dalam kereta je la. selalu makan roti je.hehe :D


Masa mula-mula kitaorang LI, lunch dekat café Nuklear je. Tapi memandangkan ramai yang dah keluar awal, untuk budak-budak macam kitaorang yang keluar pukul 1 memang makan nasi lauk angin je la. Last-last kitaorang decide bawak bekal je pergi sana.hehe.. Port baik pun dah jumpa.haha.. :P




Memandangkan kitaorang ni rajin sangat nak masak kan (tangan kat dada,mata pandang atas), kitaorang suka pergi econsave. Berair-cond dan save budget.haha.. Pergi econsave pun dah kira best pe. Takde la duduk kat rumah je.hehe..

Kalau hujung minggu je aku balik rumah. Kesian jugak kat housemates sebab takde transport nak gerak jauh-jauh. Duduk rumah je la yang bole.huhu..



Bila masuk bulan Julai dah start puasa Ramdhan. Bila petang je kitaorang akan beli je kat bazar yang dekat dengan rumah kteorang.heee.. Penat la katakan.haha.. Kalau sahur kitaorang masak, kalau untuk buka puasa kadang-kadang je la kitaorang masak sendiri. Pelik kan.haha. :D

Malam terawih senang je. Surau berapa tapak je pun dengan rumah kitaorang.hehe..


Testing buat triffle masa bulan puasa.hehe..

  
Ada satu malam tu kitaorang pergi Alamanda. Petang tu baru balik dari UM. Lepas hantar report LI. Orang senang hati, haruslah rasa nak pergi jalan-jalan.haha.. Lagi-lagi, hari tu yang masa Baskin Robbins bagi ais krim free. Ingat tak?hehe.. Tapi sampai sana tak makan pun ais krim Baskin Robbins. Yang beratur, mak ai. Tak tau la dari bila diaorang ni beratur. Panjang bapak.


Makan ais krim mcD singgit pun jadi la.haha



Rasa-rasanya dah kerja nanti hidup macm ni ke.hehe.. @@

Ingat tak aku cakap dieorang ni bukan dalam geng aku kat UM? Tapi sepanjang dengan dieorang ni. Aku tak rasa pun macam tu.huhu..

Jangan asyik cakap orang lain tak sekepala dengan kita, kita tak boleh nak masuk dengan diaorang.
We will not know, unless we tried. Kan. :D





Thanks for reading. :)


Resepi: Karipap Sardin



Assalamualaikum w.b.t

Baru first day cuti pertengahan sem, dah tak tau nak buat apa.hehe

Petang tu tetiba terasa nak buat karipap sardine. Dari hari tu rasa nak buat Cuma tak berkesempatan je.hehe.. So, nak buat karipap sardine, apa yang penting? Haruslah sardine kan. Heee

Selongkar laci tak ada la pulak sardine. Tengah hujan lagi. Tunggu punya tunggu, reda sikit hujan. Renyai-renyai je. Jadi, boleh lah pergi kedai beli sardine. :) Jalan kaki ok. Siap berpayung lagi.haha.. Terasa macam siti sifir. :P





Ok. Sardine dah ada. Beli tin yang paling besar lagi. Tamak betul.hihi..

Tapi kan sardin ni makin lama makin mahal. Tak tau la macam mana bila aku dah kahwin nanti. Budget barang dapur kena up sikit la.hehehe..


Resepi ini aku ambil dari Majalah MIDI. Majalah untuk mereka-mereka yang berumur 40-an. Aku baru 23 tahun ok. :P







Ini pun baru first time aku buat sendiri bancuhan. Selalu kalau buat, emak yang sediakan semua. Aku tolong bentukkan karipap je.hehe.:)


BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum
3 sudu marjerin (dicairkan)
5 sudu besar minyak masak (dipanaskan kemudian dibiarkan suam)
Sedikit air
Garam secukup rasa

Bahan Inti;

1 tin sardin
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji bawang putih (dicincang)
1 sudu cili kisar
Garam dan gula secukup rasa


Eh! ini gambar inti kentang.haha :D


 CARA-CARA (ini explain ikut cara aku):

1.       Dalam bekas besar, masukkan tepung gandum. Kemudian tuangkan minyak masak kedalam bekas tadi. Gaul sedikit.
2.       Cairkan mentega di atas api. Bila sudah cair, tuangkan ke dalam campuran tepung dan minyak tadi. Gaulkan lagi.
3.       Kemudian, tambahkan air. Aku guna air suam. Tambahkan air sedikit demi sedikit sampai bancuhan tadi menjadi doh dan tidak melekat lagi di tangan dan dinding bekas.
4.       Jangan lupa masukkan sedikit garam. Dah pun siap.
5.       Untuk membuat inti sardine pula, asingkan isi sardine dengan sosnya.
6.       Di dalam minyak panas, tumiskan cili kisar, bawang besar dan bawang putih. Kuantiti bawang besar tu ikut la nak banyak ke sikit. Aku guna 2 biji.hehe..
7.       Bila da naik bau, masukkan sardine. Gaulkan dan hancur-hancurkan sedikit sardine tu.
8.       Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian, tumiskan sehingga masak.
9.       Sebelum disejukkan, pastikan inti sardine tadi tu sedikit kering ok.
10.   Lepas tu, boleh lah bentuk-bentukkan karipap sardine tu. Kalau rasa nak buat panjang-panjang pun boleh. Bentuk karipap yang biasa tu pun boleh jugak.hehe..






Dah siap. :D


Mak cakap boleh buat jual.haha.. Tapi nanti aku rugi sebab sardin banyak betul.haha.. Selalu orang jual bawang besar je yang banyak.huhu. :P Ye la, mau tak banyak. Dah kate pun tamak beli sardin tin paling besar.haha :D


Selamat Mencuba! :)