Monday, April 15, 2013

Latihan Industri: Nuklear Malaysia III



Assalamualaikum.

Sepanjang LI, banyak jugak aktiviti yang kitaorang buat kat sini. Ye la, nak kurangkan stress orang bekerja la katakana.hehe..

Kalau hari-hari kerja tu. rutin kitaorang lebih kurang sama je. Bagun pagi, siap-siap. Gerak pergi kerja paling lambat pun pukul 7:15 pagi. Ye la, nak lalu depan UKM Bangi tu memang jem la. Dengan traffic light dia lagi. Kadang-kadang sampai 3 kali lampu merah baru lepas.huhu.. Nasib baik ada JOHARA pagi di Era. Memang kitaorang gelak je la on the way pergi Nuklear tu.huhu..


Kalau sarapan pun dalam kereta je la. selalu makan roti je.hehe :D


Masa mula-mula kitaorang LI, lunch dekat café Nuklear je. Tapi memandangkan ramai yang dah keluar awal, untuk budak-budak macam kitaorang yang keluar pukul 1 memang makan nasi lauk angin je la. Last-last kitaorang decide bawak bekal je pergi sana.hehe.. Port baik pun dah jumpa.haha.. :P




Memandangkan kitaorang ni rajin sangat nak masak kan (tangan kat dada,mata pandang atas), kitaorang suka pergi econsave. Berair-cond dan save budget.haha.. Pergi econsave pun dah kira best pe. Takde la duduk kat rumah je.hehe..

Kalau hujung minggu je aku balik rumah. Kesian jugak kat housemates sebab takde transport nak gerak jauh-jauh. Duduk rumah je la yang bole.huhu..



Bila masuk bulan Julai dah start puasa Ramdhan. Bila petang je kitaorang akan beli je kat bazar yang dekat dengan rumah kteorang.heee.. Penat la katakan.haha.. Kalau sahur kitaorang masak, kalau untuk buka puasa kadang-kadang je la kitaorang masak sendiri. Pelik kan.haha. :D

Malam terawih senang je. Surau berapa tapak je pun dengan rumah kitaorang.hehe..


Testing buat triffle masa bulan puasa.hehe..

  
Ada satu malam tu kitaorang pergi Alamanda. Petang tu baru balik dari UM. Lepas hantar report LI. Orang senang hati, haruslah rasa nak pergi jalan-jalan.haha.. Lagi-lagi, hari tu yang masa Baskin Robbins bagi ais krim free. Ingat tak?hehe.. Tapi sampai sana tak makan pun ais krim Baskin Robbins. Yang beratur, mak ai. Tak tau la dari bila diaorang ni beratur. Panjang bapak.


Makan ais krim mcD singgit pun jadi la.haha



Rasa-rasanya dah kerja nanti hidup macm ni ke.hehe.. @@

Ingat tak aku cakap dieorang ni bukan dalam geng aku kat UM? Tapi sepanjang dengan dieorang ni. Aku tak rasa pun macam tu.huhu..

Jangan asyik cakap orang lain tak sekepala dengan kita, kita tak boleh nak masuk dengan diaorang.
We will not know, unless we tried. Kan. :D





Thanks for reading. :)


Resepi: Karipap Sardin



Assalamualaikum w.b.t

Baru first day cuti pertengahan sem, dah tak tau nak buat apa.hehe

Petang tu tetiba terasa nak buat karipap sardine. Dari hari tu rasa nak buat Cuma tak berkesempatan je.hehe.. So, nak buat karipap sardine, apa yang penting? Haruslah sardine kan. Heee

Selongkar laci tak ada la pulak sardine. Tengah hujan lagi. Tunggu punya tunggu, reda sikit hujan. Renyai-renyai je. Jadi, boleh lah pergi kedai beli sardine. :) Jalan kaki ok. Siap berpayung lagi.haha.. Terasa macam siti sifir. :P





Ok. Sardine dah ada. Beli tin yang paling besar lagi. Tamak betul.hihi..

Tapi kan sardin ni makin lama makin mahal. Tak tau la macam mana bila aku dah kahwin nanti. Budget barang dapur kena up sikit la.hehehe..


Resepi ini aku ambil dari Majalah MIDI. Majalah untuk mereka-mereka yang berumur 40-an. Aku baru 23 tahun ok. :P







Ini pun baru first time aku buat sendiri bancuhan. Selalu kalau buat, emak yang sediakan semua. Aku tolong bentukkan karipap je.hehe.:)


BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum
3 sudu marjerin (dicairkan)
5 sudu besar minyak masak (dipanaskan kemudian dibiarkan suam)
Sedikit air
Garam secukup rasa

Bahan Inti;

1 tin sardin
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji bawang putih (dicincang)
1 sudu cili kisar
Garam dan gula secukup rasa


Eh! ini gambar inti kentang.haha :D


 CARA-CARA (ini explain ikut cara aku):

1.       Dalam bekas besar, masukkan tepung gandum. Kemudian tuangkan minyak masak kedalam bekas tadi. Gaul sedikit.
2.       Cairkan mentega di atas api. Bila sudah cair, tuangkan ke dalam campuran tepung dan minyak tadi. Gaulkan lagi.
3.       Kemudian, tambahkan air. Aku guna air suam. Tambahkan air sedikit demi sedikit sampai bancuhan tadi menjadi doh dan tidak melekat lagi di tangan dan dinding bekas.
4.       Jangan lupa masukkan sedikit garam. Dah pun siap.
5.       Untuk membuat inti sardine pula, asingkan isi sardine dengan sosnya.
6.       Di dalam minyak panas, tumiskan cili kisar, bawang besar dan bawang putih. Kuantiti bawang besar tu ikut la nak banyak ke sikit. Aku guna 2 biji.hehe..
7.       Bila da naik bau, masukkan sardine. Gaulkan dan hancur-hancurkan sedikit sardine tu.
8.       Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian, tumiskan sehingga masak.
9.       Sebelum disejukkan, pastikan inti sardine tadi tu sedikit kering ok.
10.   Lepas tu, boleh lah bentuk-bentukkan karipap sardine tu. Kalau rasa nak buat panjang-panjang pun boleh. Bentuk karipap yang biasa tu pun boleh jugak.hehe..






Dah siap. :D


Mak cakap boleh buat jual.haha.. Tapi nanti aku rugi sebab sardin banyak betul.haha.. Selalu orang jual bawang besar je yang banyak.huhu. :P Ye la, mau tak banyak. Dah kate pun tamak beli sardin tin paling besar.haha :D


Selamat Mencuba! :)



Latihan Industri: Nuklear Malaysia II



Assalamualaikum.

Sambungan dari part I.hehe..

Lepas dah settle semua, tinggal tunggu offer letter dari Nuklear Malaysia.

Tak lama lepas tu dapat offer letter. Tak sangka plak aku kena buat x-ray dengan medical checkup. Sebab bahan untuk projek yang aku dapat tu ada radioactive. Jadi, nak kena make sure aku sihat la.huhu..

Projek yang aku dapat tu tajuknya “Kesan Suhu dan Masa terhadap Pengekstrakan Cs-134 dan Cs-137 daripada Teh Tercemar”. Penyelia aku dekat Nuklear, En. Yii Mei Woo. Tapi tak lama lepas dapat offer letter, akak Munirah call cakap En. Yii kena pergi Jepun dalam tempoh aku LI and yang ganti dia Dr. Zal’ Uyun.

So, first day LI tu, kteorang kena daftar pastu ada taklimat sikit. Pasal keselamatan la, pastu kene buat kad keselamatan lagi. Bagitau bangunan penyelia lagi. Nuklear ni ada dua. Satu yang Bangi, satu lagi dekat Dengkil. 5 minit je pun jauh dia.huhu.. Kalau dekat Dengkil tu bangunan 1-40 tak silap aku. Bangunan 40 keatas semua dekat Dengkil. Punya la banyak bangunan dia. Masa daftar tengok macam kecil je Nuklear ni.hehe..

Kteorang ni 10 orang. 6 orang dekat Bangi. Lagi 4 orang dekat Dengkil. Macam aku bangunan 23, so aku kat Bangi je la. Bangunan 23 tu untuk bahagian Radiokimia dan Alam Sekitar. Kat sana memang la banyak bangunan tapi kecil-kecil je. Bangunan aku bangunan 1 tingkat. Satu hari pusing 10 kali pun tak penat.haha.. Ada dalam 20 orang kat bahagian radiokimia ni.

For the first 2 weeks aku seorang je la budak praktikal kat situ. Nak tak nak memang semua kenal aku. Jadi, kenalah behave sikit.hihi..  And 2 weeks tu memang bosan la.haha.. 1st week, selasa baru jumpa En. Yii. Briefing pasal projek semua. Basically senang je projek dia ni. Cuma nak dapat ketepatan result la susah sikit. Aku rasa it’s more to lab techniques kita.

So, rabu, khamis, jumaat masuk lab. First, kena timbang semua bekas yang nak guna. Ada 100 bekas kau tau. Da la comey-comey bekas dia. :P 


 Nama bekas ni cuvette. :)


 Pastu start buat experiment. Try and error la banyak mula-mula sebab nak dapatkan berat serbuk teh yang nak sesuai untuk digunakan.

Serbuk teh ni dari Jepun.


Tu buat air teh la tu.hehe


Equipment untuk kira absorbance


Rasa macam main buat-buat air je.hehe.. Main-main pun bahaya jugak. En. Yii suruh aku pakai google, mask dengan gloves setiap masa kot.huhu.. 2nd week tu lagi terkapai-kapai.haha.. E. Yii dah terbang pergi Jepun. Dr. Uyun plak kena kena pergi Sarawak sebab nak ambil sample air laut kat sana. Seminggu tu aku memang buat apa yang aku rasa nak buat la.haha.. Da la dalam lab seorang-seorang je. Bosan jugak . bosan tak tau nak borak dengan siapa. Sambil buat eksperiment, dengar lagu je la yang mampu.

Hujung minggu ketiga aku dah siap part En. Yii. So, masuk plak part Dr. Uyun. Nak detect Srontium dalam serbuk daun teh tu.


Serbuk teh yang dah dibakar


Kelat rasa kalu minum air teh pekat macam ni


Hebat kan. Dari dark choc jadi warna warni.haha :P


Last step untuk projek aku.hehe



Amek masa 2 minggu jugak lah nak siap. Minggu kelima semua dah siap. 
Tinggal tunggu result Cesium je.

Aku pun start la buat report. Buat report la sangat kn.hehe..  Seminggu sebelum hantar baru nak gelabah kan. Bersengkang mata buat. Buat. Buat. Buat. Sampai nak muntah. Stress betul. Dah siap.  Hantar. Pastu presentation kat Nuklear, esoknya VIVA kat UM.

Pastu? Abis dah! Yeay!


Oh ye, kesimpulan untuk projek aku ni, air teh tu selamat buat minum. Ada kandungan Cs tapi sikit je. Selamat lagi.hehe :)


Kesimpulan untuk latihan industri. Seronoklah.hihi.. Ada niat jugak nak apply kerja sana.haha. :P




Thanks for reading. :D


Friday, April 5, 2013

Latihan Industri: Nuklear Malaysia I



Assalamualaikum.

Ini cerita dah basi.haha. Sebabnya aku LI dah nak dekat setahun yang lepas la jugak.hehe.

Mengimbau kembali masa mula-mula nak cari tempat untuk LI. Memang stress jugak bila mana kteorang kena apply online through CITRA. Aku dah lupa la nama panjang dia.hehe. Tau-tau je la, teknologi memang lah maju. Satu clik di hujung jari. Tapi, masalahnya lambat bukan kemain. Nasib baik lah aku dan kawan-kawan ada yang dah hantar application manually. Pak cik pos tu pun lagi laju kot.:)

First target place kteorang ialah kat Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia(FRIM). Kteorang dapatkan contact Dr. kat FRIM tu dan hantar application through email je. Tak lama pastu, bila tau result, aku seorang je yang tak dapat. Sedih tak kalau korang jadi aku?huuuu..

Tapi masa tu aku takde la rasa sedih sangat. Dah tak dapat nak buat macam mane.hehe.. Cepat putus asa betul.hee.. Tapi disebabkan kawan aku suruh try tanya balik kat Dr tu, aku pun hantar je la email minta dia consider balik.

That time, risau la jugak sebenarnya sebab tak dapat tempat lagi. Tapi masa tu teringat kawan aku kat UPM dah dapat tempat kat Agensi Nuklear. Aku pun sebenarnya memang ada niat jugak nak minta kat situ. Last-last aku pun hantar application untuk buat LI kat sana.

Sementara nak tunggu reply dieorang tu, berdebar jugaklah takut tak dapat. Masa tu aku doa,

“Ya Allah, berilah aku tempat LI yang akan membuatkan aku jadi orang yang lebih baik.”

Aku pun tak tau nape aku doa macam tu. Sebab terasa nak doa camtu. Sebab time tu terasa ada sebab Allah tak bagi aku dapat LI kat FRIM.




So, few days later.

On the way nak pergi pos office. Masa tu nak hantar application kat satu company kat Klang. Aku pun da lupa nama company tu.hehe.

Tak masuk pun lagi post office tu. Tapi lagi few steps la nak sampai pintu depan dia. Tetiba handphone aku bunyi. 0389112000. Macam no. office.

Rupanya dari Agensi Nuklear. Yang call tu nama dia akak Munirah. Akak munirah cakap aku dapat tempat kat sana. Alhamdulillah. Lepas piker punya piker, aku terima nak buat LI kat sana.hehe:)

So, aku pun email balik Dr. yang kat FRIM tu cakap kat dia Tq untuk masa dia dan cakap aku da dapat tempat LI. Motif gile kan nak cakap kat Dr. tu dah dapat tempat LI.haha

Risik punya risik, rupanya kawan aku dari course lain (dia budak fizik) pun dapat buat LI kat sana.

Last-last, kteorang 10 orang dapat buat LI kat sana. 7 orang budak kimia, 3 orang budak fizik. Jujurnya, budak-budak kimia yang lain tu bukan dalam geng aku. Jarang berborak kot. Kadang-kadang tak paham kenapa perlu ada geng-geng ni. Pastu aku tak paham tak boleh ke kalau semua orang berbaik-baik je antara satu sama lain. Tapi aku tak kesah sangat pun. Kawan je la dengan siapa-siapa pun. Dapatlah jugak kembangkan network, pandangan, hati dan fikiran.haha..





Alhamdulillah, kteorang takde masalah sangat untuk cari rumah sewa sebab kteorang duduk dekat rumah atuk sedara kawan aku. Memandangkan rumah tu pun jarang ada orang duduk, atuk sedara kawan aku tu pun bagi kteorang duduk situ. Atuk dia akan balik tengok-tengok rumah masa office hour. So, time tu kteorang takde kat rumah la. Transport plak naik kereta aku.huhu..


Itulah al-kisahnya macam mana aku dapat tempat LI.hehe.. Aku rasa macam dah panjang plak entry ni. Cite lain kali lah aku buat apa masa LI tu.hehe..:D



Thanks for reading. :)


Thursday, April 4, 2013

Resepi: Donut Kebabom



Assalamualaikum.

Last week, tengah aku sibik-sibuk buat kerja, tetibe ada orang ketuk pintu.

“Assalamualaikum. Nak beli tak?”

“Yang ni berapa ringgit?”

“Rm1.50”

“Jap eh”

Aku pun amek 2 keping not RM1 dan bagi kat budak tu.



Tengah-tengah makan tu sedap la pulak. Pastu tefikir, macam best je kalau buat sendiri.hehe.

Apa lagi, aku pun terus lah Tanya kat cik google.

Aku taip “Resepi donut”.

Haruslah Tanya cik google weyh. Umur baru 23. Standard lah baru first time nak try buat.hahaha :P

Setelah berpenat lelah, maka terhasil lah donut yang sedap kebabom ni.haha.. Padahal takde la sedap mana pun. Excited je lebih.hehe..






Tolong abaikan kehodohan rupa dan warna donut tu ye. Biasalah, first time buat.hihi. :D

Kalau nak try buat, resepi dia aku amek kat blog AzieKitchen. Tq Kak Azie. Kalau nak tengok rupa donut yang cantik molek bolehlah pergi kat blog kak azie.hehe :)


 BAHAN-BAHAN:

500g tepung gandum
1 paket yis segera
50g marjerin/mentega
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar shortening
2 sudu besar susu pekat
1 biji telur
½ sudu kecil garam
Gula halusatau toping kegemaran anda
190-200ml air suam-suam suku (bergantung pada kualiti tepung)


CARA-CARA:

Tuangkan air suam dalam bekas besar. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

Bila yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.

Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu).

Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.(tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli).

Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih).
Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak dalam 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je). Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.

Disebabkan aku takde bekas terap donut tu, aku buat secara manual je la.hehe.. Bulat-bulatkan, pastu leperkan baru buat lupang kat tengah-tengah tu guna jari.hehe. Sementara tu panaskan minyak dengan api perlahan.

Lebih baik gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Bila minyak dah agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sbb adunan tadi ada telur)

Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia untuk dihidangkan bersama gula kaster atau topping kegemaran anda. Memandangkan gula kaster dah habis, aku pun pergi tibia letak gula icing.haha. Halal la.hehe.:D





Selamat mencuba! :)





Kelas Agama Di Yayasan Restu



Assalammualaikum.

Selawat dan salam kepada Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w
Syukur atas segala rezeki yang diberi oleh-Nya.

Alhamdulillah, arini aku berkesempatan untuk pergi ke kelas agama di Yayasan Restu. Ini adalah kali pertama aku pergi ke kelas agama kat sana. Atas ajakan kawan dan keinginan untuk pergi, sampai jugak aku kat sana. Memandangkan aku tiada kelas dan ada masa terluang. Jadi, lebih baik aku habiskan masa untuk sesuatu yang berfaedah.hehe


Kelas ini diadakan di auditorium aku kira. Macam dewan kuliah, bezanya kita akan duduk bersila. Best ape!huhu.:P Kelas ni akan start dalam pukul 9 pagi. Dan habis paling lewat pun pukul 12 tgh hari. Sekejap je kan. Tadi pun abis dalam pukul 11.15 pagi. Tak lama mana pun.huhu.

Dalam satu hari ada dua slot. Satu slot tu dalam 1-1 ½ jam la lebih kurang. Ada slot sirah, tafsir al-Quran, etc. Pastu between 2 slots tu ada baca zikir sikit. Sedap lagu zikir dia.huhu

Seronok dan tenang rasa tadi. Tringat zaman masa sekolah dulu dengar ceramah lepas maghrib kat masjid sekolah. Bezanya, kat Yayasan Restu ni duduk dalam air-cond la. Sejuk. haha. Tapi perbezaan yang paling ketara tu bila kita pandang kiri kanan semua mak ciksss, pak ciksss, atok, nenek.huhu.. Kurang sikit muka-muka yang muda belia macam kteorang ni. Muda ke?haha.:D




Jadi,orang-orang muda, ayuh! untuk mereka yang berkesempatan boleh lah join pergi. :) Mane tau boleh kita jumpa.hihi..

Hari: Setiap hari tak silap. Tak pun Isnin-Jumaat.
Masa: 9 pagi.



Wallahualam. :)