Friday, April 18, 2014

Kek Batik



Assalamualaikum w.b t.


Currently in state of losing my mind.haha. Stress gile rase bila dah abis blaja ni.haha.. Rinduuuu nak dok dlm lecturer hall, terkejar2 g kuliah, lepak2 ngn kwn2 kt dataran kimia.hahaha..

16 Januari 2014, tarikh exam last paper tok last sem kt UM. A few days lg genap 3 bulan aku abis belaja.hehe.. After 4 and half years bertapa kt UM.huuuu. Lagi 5 bulan kot nk attend majlis konvo. Lamaaanye.. Ye la, org lain buat 4 tahun, aku tambah lagi satu semester. Org lain abis bulan 6 2013, aku abis bulan 1 2014. Org lain dah kerja, aku tengah mencari lagi. L Loner gile rase hidup 5 bulan tu.hahaha.. Nak2 lagi dok umah, kelas isnin rabu je. Memang takde maknanye aku nak jejak kaki kt UM tu hari2 takde klas.

One of the thing yang aku WAJIB buat abis je blaja ialah  bayar balik pinjaman Yayasan Selangor. Abis belaja Januari, start kene bayar pn Januari jugak. Mane tak koyak poket. Kerja pun tak lagi.hihi.
5 months hidup as a loner, aku dapat hobi baru that’s cooking and baking, walaupun tak berapa nak berbakat.haha.. Being a jobless person, yet nak jugak buat hobi ni (cause aku rasa macam useless gile dok umah kalau tak buat apa2.) so kene la cari resepi yang mudah dan tak memerlukan kos yang banyak.hehe..




One of the simple and easy recipes, kek batik! Haha.. tak thrill langsung rase nak kongsi resepi kek batik.haha.. Orang dah try resepi ni berkurun2 dah.haha..
Ada aku kesah? Nak share jgk.hihi J


Bahan-bahan:
300 gram biskut marie - dipatah 4
200 gram milo
250 gram susu pekat
2 biji telur
3 sudu besar planta / butter


Cara membuat:
1)      Satukan semua bahan di dalam kuali kecuali biskut marie.
2)      Kacau hingga semua bahan sebati.Gunakan api yang paling kecil.
3)      Kacau lagi hingga bancuhan coklat menjadi pekat. Bila bancuhan dah jadi pekat dan likat, masukkan biskut marie
4)      Kacau lagi hingga biskut tersalut dengan coklat (hati-hati semasa mengaul, jangan sampai biskut hancur).
5)      Curahkan kek batik ke dalam loyang yang telah disalut dengan kertas minyak atau plastic. Ratakan dan tekan kek batik semasa kek batik masih panas supaya ianya mampat.
6)      Masukkan dalam peti ais atau pun biarkan ia sejuk barulah buleh di potong - kalau disejukkan semalaman dalam peti ais akan memberikan hasil yang memuaskan.







Sorry la tapi aku pun tak ingat kat mane dapt resepi ni. Lama dah simpan dalam laptop. Mintak halal ye sape2 punya resepi ni. J

Selamat mencuba!



P/S: Doakan saya, currently in mood cari kerja lagi.hehe. J

Monday, March 3, 2014

Dream



Why.

I keep dreaming about him.

And keep hating him even in my dream.