Wednesday, November 7, 2012

Syaitan dan tugas2 mereka


Assalamualaikum n hai readers. arini nk kongsi sket psl name2 syaitan n tugas2 dieorg. Tak kenal maka tak benci. (:

"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169)

Rasulullah SAW bersabda, "Anak keturunan syaitan ada sembilan, iaitu Zalitun, Watsin, Laqus, A'wan, Haffaf, Murrah, Masuth, Dasim, dan Walhan."

Petama, setan Zalitun ialah syaitan yang bertugas menggoda penghuni pasar dalam transaksi jual beli dengan menyuruh untuk melakukan kedustaan, penipuan, memuji-muji barang dagangan, mencuri timbangan dan bersumpah palsu.


Kedua, setan Watsin bertugas menggoda manusia yang tertimpa musibah agar tidak bersabar sehingga yang sebahagian daripada mereka yang berjaya digelincirkan syaitan berteriak histeria, menampar-nampar pipi dan sebagainya. Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya aku putus hubungan dengan orang-orang yang menjerit-jerit ketika kematian, mencukur rambut di kepalanya, atau bahkan merobek-robek bajunya ketika ditimpa musibah." (HR. Bukhari Muslim).


Ketiga, syaitan A'wan-mereka bertugas menggoda para pemerintah untuk berbuat zalim. Jabatan kadang-kadang membuat seseorang lupa diri bahawa semua perbuatan kelak akan ditanya di hadapan mahkamah Allah SWT kelak. Cerminan penguasa zalim telah Allah contohkan dalam sosok yang sangat fenomenal, Firaun.


Keempat, syaitan Haffaf, yakni syaitan yang bertugas memujuk dan menggoda orang untuk meneguk minuman keras. Kelima, syaitan Murrah bertugas menggoda orang agar asyik bermain seruling atau alat muzik mengiringi nyanyiannya.Sebagai manusia, kita memang memerlukan hiburan. Namun, hiburan dalam Islam tentu sudah diatur dengan baik dan tidak berlebihan. Ertinya, jangan sampai bermain muzik menjadi keutamaan utama kita sebagai manusia. Tugas manusia ialah ibadah. (QS. Adz-Dzariyat: 56).


Keenam, Setan Laqus bertugas menggoda untuk menyembah api. Menyembah api, atau apa pun selain Allah adalah salah satu bentuk kemusyrikan. Ketujuh, setan Masuth, menggoda manusia untuk menyebarkan berita-berita dusta lewat lisan manusia sehingga sukar ditemui berita yang sebenarnya.


Kelapan, syaitan Dasim, syaitan yang berada di dalam rumah. Jika seseorang tidak mengucapkan salam sewaktu memasuki rumah dan tidak pernah menyebut nama Allah di dalamnya, maka syaitan akan mengadakan perselisihan di antara anggota keluarga sehingga akan terjadi talak, khulu, mahupun tindak kekerasan.


dan syaitan Walhan, bertugas menggoda manusia dalam beribadah seperti berwudhu, solat, dan ibadah-ibadah lain. Syaitan Walhan, menurut riwayat lain tugas utamanya adalah menggoda manusia saat berwudhu untuk boros dalam menggunakan air. Padahal sudah jelas bagi kita, perilaku boros dalam berwudhu ialah salah satu makruh wudhu.



Kami berlindung pada-Mu ya Allah, dari godaan syaitan yang terkutuk. 

Wallahualam



beg.beg dan beg lagi!


Assalamualaikum n hai readers.

Rasenye dah tlampau lame sgt x update blog.hehe. selekeh btol kn prangai.haha.
Hopefully uollz sehat2 je. :)


Ok. This entry is for those yg ske, minat kumpul beg. Tetibe ade tejumpe satu page yg jual beg. Xdela tetibe sgt pn. Jmpe sbb ad sorg blogger ni post pasal page ni.huuu. Well, aku ni bknlah hardcore sgt nk online 24 hours cari website2 yg jual beg ni. ye dak? hehe.


name page tu University Begpack. tak taw la kn kalo aku je yg ketinggalan zaman baru nk jmpe page ni.haha.
baru je past go through page tu. ok la beg la. cantik2. and yg penting still affordable. :)

Ada sorg blogger ni beli beg kt situ and wat review sket. nk bace bole lah g sini.


So, bole la tgk2 kn. Mane taw ade yg bekenan kt hati.hehe.

Selamat beronline shopping! :P



Friday, November 2, 2012

kasih sayang (:

kasih dan sayang adalah rahmat Tuhan
yang tercipta dalam diri semua
tak perlu ada perasaan benci
semua insan mahu disyangi

kasih dan sayang memberi bahagia
pada hati yang sudi menerima
dengan kasih sayang terasuh peribadi
membentuk hidup yang lebih harmoni

tanpa kasih dan sayang
tidak akan sempurna
pada ciptaan bernama manusia
tanpa kasih dan sayang
tidak akan tercipta
kehidupan yang bahagia

kasih abadi kepada Tuhan
yang punya kuasa pada segalanya
kasihkan Rasul syurga tempatnya
kasihkan manusia tenang di jiwa