Sunday, March 31, 2013

Home Sweet Home



Assalamualaikum.

Ini cerita 2 minggu lepas. First time hari sabtu kat kolej. Kalau tak setiap minggu balik. Tapi baru pukul 10 pagi aku dah blur nak buat apa. So, aku mesej la mak aku. Saje je tanya pasal kereta aku sebab haritu nak hantar bengkel.

“Mak, kereta una dah siap ke?”

“Tak repair lagi. Esok rumah atok han nak buat tahlil family”

“Owh. Esok malam ke?” (Dah tau mesti la buat malam saje je nak tanye lagi.haha)

“Haah, nak balik ke? Suruh buat kek hari tu kalau balik.”

“Bole aje.haha.. Tak tau nak buat apa kat sini.hihi”




So, aku pun gerak balik rumah nak dekat kol 2 jugak la. Ingat nk balik dalm kol 1 tapi rase cam better after solat zohor dulu. Tapi tak sangka plak jalan jem. Haiiihhh.. KL. Sabtu pn jem.



On the way balik dalam kepala try nk ingat balik barang-barang yang tak cukup tok buat muffin coklat tu sebab last week kan baru buat.huhu. Nanti boleh la singgah kdai beli apa yang patut.


Disebabkan kerajinan berada kat tahap paling tinggi, ingat nak buat triffle sekali.haha.. Lagipun kat rumah ada tepung kastard dengan jeli tak diguna lagi.hehe

Sampai dalam kol 3 jugak la kot. Tu tak singgah beli barang lagi.

Barang-barang yang nak dibeli:
i)Koktel
ii)Susu cair
iii)Gula kastor

1st stop: 99 Speedmart
-Dapat beli koktel buah je, susu takde,gula kastor pun takde. Stress.

2nd stop: 99 Speedmart
-Ini susu je ada.

3rd stop: Sri Meena’s Minimart
-Tinggal gula kastor je yang tak beli lagi.

Last-last sampai rumah dalam nak dekat 4 petang. Sampai-sampai buat sportchek kat dapur. Buka peti sejuk, what the.. Telur takde. Bagus. Main ingredient takde. Satu biji pun tak nampak. Tetibe tahap kerajinan turun sampai zero. So, malas la nak proceed. Tunggu mak balik butik je.haha

Jadinya lepas maghrib baru start projek. Rajin tak rajin. Paksa rela pergi kedai lagi.

Kali ni, barang-barang yang nak dibeli:
i)Telur
ii)Bekas cupcake
iii)Tepung
iv)Kek untuk triffle


1st stop: D’lina Bakery
-Sebab nak cari paper cupcake yang sama saiz yang ada kat rumah kenalah g kedai yang supply
  barang-barang pastry
-Kebetulan time datang ni buka sebab dieorang tengah betulkan aircond kot.
-Dapatlah beli paper cupcake, tepung dengan coklat chip. Saje je beli. Duit mak.haha

2nd stop: Zanariah Mart
-Beli kek untuk triffle. Tibai je la kek swiss roll apa yang ada time tu.

3rd stop: KK Mart
-Telur sepapan.

Ada la sejam jugak. Sampai adik aku tanye g mane.haha. Aku memang macam ni. Suka kalau beli barang satu kedai satu barang. Ya Allah.. stress betul. Selalu macam ni. Susah betul satu kedai tu bole dapat semua yang aku nak beli. Baik buka kedai sendiri. Kadang-kadang tu rasa macam tawaf satu pekan meru tu cari barang.

10 malam baru start buat aduanan. Sambil-sambil tu tengok cerekarama sekali. Nasib baik la kat dapur ni ad tv. Walaupun ada channel tv1 dengan tv3 je. Bole la daripada takde.huhu.. Kitaorang kalau tengok tv iklan je mesti tukar channel lain. 

Bila tengok tv kat dapur, aku tukar je adik aku cakap “takyah nak tukar-tukat sangat la. Ada tv1 ngan tv3 je pn.” haha. Senget!

Malam tu aku buat satu adunan. Dapatlah dalam 40-43 biji muffinsss. Tu pun ada yang tak berapa nak kembang sebab tangan ni gatal sangat dok g bukak-bukak penutup time tengah kukus.hehe.. Ngam-ngam abis carekarama, abislah aku buat muffin. Penat woo. Esok nak sambung buat lagi. Oleh itu, jom tido! Zzzzzz…




Disebabkan kepenatan, aku bangun kol 9. Mak pun dah takde, g rewang. Lepas subuh sambung tidur balik. Bagus betul kan anak dara sorang ni.haha.. Alaaa.. macam tak biasa buat je. :P  

Bangun je, gosok gigi,basuh muka terus g dapur.. Nasib baik ada adik yang tengah free tolong kemas rumah.haha.. Apa lagi, moh la kita  sambung projek kita.huhu.. Satu adunan lagi.

2 jam berlalu…


Siap lagi 45 biji muffinss. Tolak dengan yang tak embang, masuk dalm perut lagi. Ada la dalam 68 biji yang tinggal untuk bawa g rumah atuk. Dapat dalam 2 ½ tupperware. Cukup la kot kan.. Bukan sedap sangat pun. Nanti takde orang makan.haha

Muffin dah siap, sambung pulak buat triffle. Sejam lebih siap. Yang ni nak buat jamu kawan-kawan kat UM.hehe.. Dan sebab ada request dari kawan LI satu tempat. Sebabnya time LI aku sumbat dieorang makan triffle ni.haha. Kan ketagih. Sedap tak sedap triffle aku? Mwahahaha..






Tetibe..

“Una, mak cakap nanti masak nasi.”

Errkk.. Masak nasi. Ok. Siap. Ambil bawang.

“Nak buat ape? Mak cakap masak nasi je.”

Legaaaa…hahaha. PEMALAS btol.

Siap-siap kemas semua barang. Kaka,kiki,koko dah bising minta makan. Orang belikan makanan kucing tu tak nak makan pulak. Minta ikan. Demand betul.huhu.

Disebabkan sifat belas kasihan dan sayang yang menggunung, aku turutkan jugak.haha..

Pergi la econsave semata nak beli ikan untuk kucing-kucing kesayangan.huhu.. Ikan kembung Rm3.90/kg. Nasib baik murah. Kalau tak kosong juga purse aku ni karang. Haha..



Dari kiri: Kaka,Koko,Kiki :D



Sampai umah,

Mak cakap macam nak penuhkan tiga-tiga tupperware tu. Tapi mak cakap suka hati nak buat lagi tak.

Last-last dengan tahap kerajinan yang tinggal ni aku buat lagi satu adunan. Tapi kena pergi kedai lagi sebab susu dengan gula kastor dah abis. So, beli je la kat kedai runcit yang paling dekat. Aku rase kalo aku jalan kaki pergi beli barang-barang tu semua dari malam tadi boleh mau turun sekilo.huuuu..

Gula kastor. 400 g rm2.50. Tak paham aku kadang-kadang pekedai ni. Kedai lain bole je jual rm1.80-rm1.90 satu. Aku ni dah la kedekut. Lagi nak jual mahal-mahal kat aku.

So, total aku buat 3 aduanan. Dapat dalam 120-130 biji muffinsssss… banyak tak banyak. Muat 4 tupperware. Ada lebih lagi.hehe.. 4 ptg siap semua.


Nak kena kemas balik kolej pulak. @@ Penat.. Aaaa…





Atas dasar kemanusian terhadap diri sendiri dan kepenatan yang melanda. Aku decide balik isnin pagi. Kelas kol 9. Takpeee….hehhh.. Jadinya, malam boleh la berlama-lamaan kat umah atuk.haha



Itu je la aku nak tulis.hehe X)
 Siapa kata setiap minggu aku balik rumah goyang kaki je. I’m a busy person ok. hahahaha. :D

Panjangkan entry ni. Tq untuk masa korang yang diguna untuk baca entry ni.hehe. <3



Resepi: Triffle Buah



Assalamualaikum.

Resepi ni aku belajar masa praktikal kat Agensi Nuklear dulu. Masa tu kitaorang ada jamuan and ada seorang staff, ina nama dia bawak triffle ni. First time kot masa tu makan. Jakun sikit.haha..

Ina ni sebaya je dengan aku. Tengah kerja sementara semetara tunggu result. Best la ada kawan. Da la aku seorang je budak praktikal kat bangunan tu.

Aku minta la resepi kat ina. Masa minta tu aku pun takde la plak nak rajinkan diri tulis resepi tu. Bajet gile ingat je dalam kepala.haha.. Last-last aku tanya kat miss google.

Disebabkan pertama kali buat dan resepi dia macam lain sikit, kastard yang aku buat tu macam lembik sikit. Tak nak keras. Nasib baik housemates aku tu tak banyak songeh. Mencekik jugaklah makan triffle tu.hehe..

Housemates masa praktikal.:)



Lepas berjaya dapatkan resepi triffle dari ina, aku try buat lagi.
At last, jadi jugakkk..yaey!! :D

Jadi, harini aku nak kongsi resepi triffle yang aku dapat dari ina. Tq ina. Jasamu tetap ku kenang. Dapat jugak belajar benda baru masa praktikal walaupun takde kaitan dengan kimia.haha :P

Aku rasa betul la resepi ni sebab aku tak catat pun. Ingat dalam kepala je.hihi..


BAHAN-BAHAN:

Kek swiss roll-Ikut citarasa nak kek perisa apa.
1 tin koktel
1 kotak jelly NONA

Lapisan kastard
7 sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
1 ½ tin air
Gula secukup rasa


CARA-CARA:

Potong kek, tahap ketebalan ikut la cita rasa korang. Pastu susun dalam bekas. Aku suka buat dalam bekas kecil-kecil sebab triffle ni macam susah sikit nak potong. So,nanti nak ngap guna sudu je la.hehe.. Kemudian, korang basahkan kek tu dengan air koktel buah tadi.

Pastu, prepare untuk buat lapisan kastard.
First thing first, bancuh tepung kastard tu dengan air. Then, baru masukkan dalam periuk. Masukkan susu cair dan gula serasa yang korang nak. Kacau. Kacau. Kacau lagi. Kalau dah pekat tu kira dah masak la.hihi. Tuang kastard tadi kat atas lapisan kek swiss roll tu ikut korang la nak tinggi mane.

Lepas tu tabur buah-buah koktel tu sesedap rasa atas lapisan kastard tadi.

Untuk buat jeli tu pula, ikut je resepi kat belakang kotak tu. Bila da siap tuang atas lapisan buah tadi.
Masukkan dalam peti sejuk untuk bagi die keras sikit.

Dah siap. Senang je kan.hehe.. :)

Selamat mencuba! ^^



Rupa triffle yang dah siap. :D





Monday, March 18, 2013

Hadith 12: Leave Which Does Not Concern You


Assalamualaikum.


Hari ni saya nak kongsi sikit pasal hadith 12. Ini tugasan saya untuk usrah minggu lepas.huhu.. Jd, alang-alang bole la saya kongsikn sikit apa yang saya dpt. :)

Hadith ni simple dan direct.


:عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم

     مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ 

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: 

"Daripada kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak berguna." 
(Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan selainnya seperti ini)



Apa yang dapat dirumuskan dari hadith ini,

Orang yang lemah imannya tidak dapat meninggalkan perkara-perkara yang tidak berguna atau tidak berfaedah, sama ada yang berkaitan dengan dunia atau agama.

Dan diantara tanda-tanda sempurna iman seseorang itu ialah meninggalkan perkara yang tiada faedah atau sesuatu yang tidak akan kaitan untuk dia.

Imam Al Hassan Al Basri pernah berkata, antara tanda Allah telah berpaling dari seorang hamba adalah hamba itu merasa dirinya sentiasa sibuk dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. 
Contohnya kita merasa kita banyak sangat kerja, walhal kerja itu tiada kepentingannya pun dengan kita. Kita kata kita banyak kerja, tak cukup masa, sedangkan kita abiskan masa kita untuk perkara yang merugikan.

Kalau kita tengok sendiri dari maksud hadith ini, simple dan direct kan sebenarnya. Tinggalkan perkara yang tidak berguna atau tidak berfaedah. Senang kan. sebagai seorang manusia yang dikurniakan Allah dengan akal fikiran, sudah semestinya kita dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Tapi ye la, cakap tu lagi senang dari buatkan. :P



Jadi, macam mane kita nak tinggalkan perkara-perkara yang tak berguna?


UNDERSTAND PRIORITIES!


Ada satu kata-kata Luqman Al-Hakim: " Keutamaan itu adalah perkara yang benar (jujur), melaksanakan amanah dan meninggalkan yang tak berguna"


Berdasarkan kata-kata Luqman Al-Hakim ni, dapat kita rumuskan ada 3 ciri bilamana kita nak kata perkara yang kita nak buat tu adalah satu keutamaan;

I) Perkara yang betul
II) Melaksanakan amanah
III) Perkara yang berguna



"You are nothing but a compilation of breaths. Everytime you exhale, a piece of you life, a part of you, is lost"  - Imam Al Hassan Al-Basri

Jadi, mari kita sam-sama muhasabah diri, sebelum-sebelum ini masa kita bayak dihabiskan untuk benda-benda yang berguna atau yang merugikan kita. Tepuk dada tanya hati.huhu

Semoga sedikit perkongsian ini akan member manfaat kepada mereka yang membaca dan semoga pahala perkongsian ini dikira oleh Allah dan dapt membantu di hari sana nanti. InshaAllah. ^^


Wallahualam



Thursday, March 14, 2013

Resepi: Muffin Coklat Kukus


Assalamualaikum.

Last saturday aku buat muffin coklat tok kwn2 kt UM. Niatnye nk wat tart blueberry, tapi disebabkan blueberry xde n aku tetido sampai kol 5 ptg, x jadilah nk wat tart.huhu.
Malas nk g kdai. Bangun2 tros g dapur.haha..

Kat bawah ni ad resepi die kalo korg nk cube. ni second time aku buat. Yang first time tu aku bakar sebab da resepi die soh bakar aku bakar la.haha..

Tapi aku ni kan budak baru belajar, so aku rase cm x bpe nk sedap plak aku bakar. Tak pandai.haha..

Yang second time ni aku try la plak kukus. Ok la. Lagi terasa coklat die compare bile kte bakar.huu :)

Kalo korg da try, kalo x sedap diam je, kalo sedap Alhamdulillah.haha ^_^




MUFFIN COKLAT

Bahan A 
2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe-aku tak letak pn.Kat umah jarang minum nescafe.haha
sedikit garam

Bahan B 
2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair atau susu segar
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick

Bahan C 
3/4 cawan air panas

Hiasan
Chocolate chips-ni aku tambah sendiri

1) Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. 
2) Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda  
   dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. 
3) Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. 
4) Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan  
    tadi dan gaul rata. 
5) Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 
    20 minit. Kalo kukus dalam 15-20 minit cmtu.


Resepi ni aku amek dari blog masam manis. Macam2 resepi Kak Ita tu ad. Seronok tgk blog die. :)



Yang ni first time buat aku bakar


Yang ni plak aku kukus. Hodoh kan. X reti amek gambar.haha

Anak Bulan Mac :)


Assalamualaikum.


Entry ini utk mereka2 yg segeng dgn aku. Mereka2 yg lahir bulan Mac.hehe. 
Aku lahir 30 Mac. Eh, lg 2 minggu beday ak.haha :P


Setelah kajian n experiment di buat, mereka yg lahir dlm bulan Mac disimpulkan 
mempunyai perangai2 seperti:



1) Berpesonaliti menarik dan menawan

    Erkk! menarik kew? haha. Aku slalu pkai seluar jeans biru, 
    baju wane ungu, grey kardigen, tudung assalamualaikum wane 
    hitam. Memanglah menarik n menawan sgt.haha

2) Mudah didampingi

    Tak la senang sgt. It takes time jgk. 

3) Sgt baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati

    Baik memang baik. Perasan! huhu.. It just bile aku tlg org lain, 
    aku x minta pape pn. Ckp tq pn da cukup.

4) Sangat pemalu dan pemendam rasa

    Depends kpd keadaan.

5) Sgt sensitif kpd perkataan yg diucapkan dan alam persekitaran

    Btol la kot. Sensitif btol. Stress btol ngn diri sndr.haha

6) Suka pada kedamaian

    Yes! sgt 100x.

7) Sgt peka kpd org lain

    Haha. Ye ke. Lbey kpd amek taw la kot.huhu

8) Sesuai dgn kerja yg member khidmat kpd org lain

    Tapi kn aku chemist. Bahayakn diri sndr adalah.haha

9) Tidak cepat marah dan sgt amanah

    Bukan x cpt marah. Xtaw da nk marah org lain cmne. Marah 
    kalo perangai same je cmne nk watpe.

10) Tahu balas budi dan taw kenang budi

      Alhamdulillah la kalo btol :)

11) Pemerhatian dan penilaian yg sgt tajam

      Name pn sensitif.

12) Kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal

      Aku rase ni btol. Jarang marah, tp kalo da marah susah nk lupe.

13) Suka berangan2

      Btol sgt3!

14) Suka melancong

      Kalo ada dwet. Org blanje lg suke. ahha. 

15) Sgt manja dan suka diberi perhatian yg sgt tinggi

      Erkk!

16) Kelam kabut dlm memilih pasangan

      Haha. Esok nk kawen arini baru pleh.

17) Suka dgn hiasan rumahtangga

      Btol3! Aku mmg ske bajet jd eric leong. haha

18) Punya bakat seni dalam bidang muzik

      Berbakat dlm mendengar ada la. O_O

19) Kecenderungan kpd benda yg istimewa 

      Istimewa? Maksud? kalo benda2 plek + lain dari org lain ske la jgk.huhu




Korg2 yg lahir bulan Mac try tgk ad ke ciri2 ni dlm diri korg.huhu