Friday, April 5, 2013

Latihan Industri: Nuklear Malaysia I



Assalamualaikum.

Ini cerita dah basi.haha. Sebabnya aku LI dah nak dekat setahun yang lepas la jugak.hehe.

Mengimbau kembali masa mula-mula nak cari tempat untuk LI. Memang stress jugak bila mana kteorang kena apply online through CITRA. Aku dah lupa la nama panjang dia.hehe. Tau-tau je la, teknologi memang lah maju. Satu clik di hujung jari. Tapi, masalahnya lambat bukan kemain. Nasib baik lah aku dan kawan-kawan ada yang dah hantar application manually. Pak cik pos tu pun lagi laju kot.:)

First target place kteorang ialah kat Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia(FRIM). Kteorang dapatkan contact Dr. kat FRIM tu dan hantar application through email je. Tak lama pastu, bila tau result, aku seorang je yang tak dapat. Sedih tak kalau korang jadi aku?huuuu..

Tapi masa tu aku takde la rasa sedih sangat. Dah tak dapat nak buat macam mane.hehe.. Cepat putus asa betul.hee.. Tapi disebabkan kawan aku suruh try tanya balik kat Dr tu, aku pun hantar je la email minta dia consider balik.

That time, risau la jugak sebenarnya sebab tak dapat tempat lagi. Tapi masa tu teringat kawan aku kat UPM dah dapat tempat kat Agensi Nuklear. Aku pun sebenarnya memang ada niat jugak nak minta kat situ. Last-last aku pun hantar application untuk buat LI kat sana.

Sementara nak tunggu reply dieorang tu, berdebar jugaklah takut tak dapat. Masa tu aku doa,

“Ya Allah, berilah aku tempat LI yang akan membuatkan aku jadi orang yang lebih baik.”

Aku pun tak tau nape aku doa macam tu. Sebab terasa nak doa camtu. Sebab time tu terasa ada sebab Allah tak bagi aku dapat LI kat FRIM.




So, few days later.

On the way nak pergi pos office. Masa tu nak hantar application kat satu company kat Klang. Aku pun da lupa nama company tu.hehe.

Tak masuk pun lagi post office tu. Tapi lagi few steps la nak sampai pintu depan dia. Tetiba handphone aku bunyi. 0389112000. Macam no. office.

Rupanya dari Agensi Nuklear. Yang call tu nama dia akak Munirah. Akak munirah cakap aku dapat tempat kat sana. Alhamdulillah. Lepas piker punya piker, aku terima nak buat LI kat sana.hehe:)

So, aku pun email balik Dr. yang kat FRIM tu cakap kat dia Tq untuk masa dia dan cakap aku da dapat tempat LI. Motif gile kan nak cakap kat Dr. tu dah dapat tempat LI.haha

Risik punya risik, rupanya kawan aku dari course lain (dia budak fizik) pun dapat buat LI kat sana.

Last-last, kteorang 10 orang dapat buat LI kat sana. 7 orang budak kimia, 3 orang budak fizik. Jujurnya, budak-budak kimia yang lain tu bukan dalam geng aku. Jarang berborak kot. Kadang-kadang tak paham kenapa perlu ada geng-geng ni. Pastu aku tak paham tak boleh ke kalau semua orang berbaik-baik je antara satu sama lain. Tapi aku tak kesah sangat pun. Kawan je la dengan siapa-siapa pun. Dapatlah jugak kembangkan network, pandangan, hati dan fikiran.haha..





Alhamdulillah, kteorang takde masalah sangat untuk cari rumah sewa sebab kteorang duduk dekat rumah atuk sedara kawan aku. Memandangkan rumah tu pun jarang ada orang duduk, atuk sedara kawan aku tu pun bagi kteorang duduk situ. Atuk dia akan balik tengok-tengok rumah masa office hour. So, time tu kteorang takde kat rumah la. Transport plak naik kereta aku.huhu..


Itulah al-kisahnya macam mana aku dapat tempat LI.hehe.. Aku rasa macam dah panjang plak entry ni. Cite lain kali lah aku buat apa masa LI tu.hehe..:D



Thanks for reading. :)


8 comments:

mirinda said...

macam mane nk apply eak?

Nurul Husna said...

kalau mcm kteorang dulu, kteorg bagi email tanya mcm mane nak apply LI kat sane. nama akak tu munirah. pastu kteorg pos resume kat sana.

Anonymous said...

salam..awk,sy baru dpt but practical kat sana bulan 6 ni..so skrg tgh cari rumah sewa..awk ade tau tak mane2 rumah sewa yang dekat dgn agensi tu??
tq :)

Nurul Husna said...

wslm..

oh. ye ke. congratz.:)

rumah sewa? x sure la sbb dulu dok kt umah atauk saudara kwn.

tp penah jgk try cr. kt hentian bas kajang rasa ad rumah kedai dlm rm500 cmtu tak silap. nk kate dekat tu xla dekat sgt. kalo ad transport sendiri better la.huuu

penah pergi sana x? jln nk g nuklear tu kiri kanan hutan. so, xtaw la rumah yg dekat2 kt situ. kalo tnye staf2 kt situ pn rumah dieorg jauh2 jgk. tp ok je kalo kua awal. :)


GOOD LUCK for ur praktikal. :D

Anonymous said...

salam hye awak, nak tnya mcm mana skop keje kat sana yea?boleh share sikit? insyallah bakal masok bln 6 kat sana.

Anonymous said...

salam.. sy pun dpt kat sna dlm bln 7 ni.. nk cri umah sewa jg..
fb: irah mi

laily mohdali said...

Salam nk tnye...Dapat elaun x klau praktikal kat sane?

nurul aina said...

assalam. . saya pon dapat sana jugak, start hujung bulan 6 . .korang yang dapat skali bole tak email saya, maybe kita bole sewa skali . nurulainahussin@yahoo.com