Thursday, April 4, 2013

Kelas Agama Di Yayasan Restu



Assalammualaikum.

Selawat dan salam kepada Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w
Syukur atas segala rezeki yang diberi oleh-Nya.

Alhamdulillah, arini aku berkesempatan untuk pergi ke kelas agama di Yayasan Restu. Ini adalah kali pertama aku pergi ke kelas agama kat sana. Atas ajakan kawan dan keinginan untuk pergi, sampai jugak aku kat sana. Memandangkan aku tiada kelas dan ada masa terluang. Jadi, lebih baik aku habiskan masa untuk sesuatu yang berfaedah.hehe


Kelas ini diadakan di auditorium aku kira. Macam dewan kuliah, bezanya kita akan duduk bersila. Best ape!huhu.:P Kelas ni akan start dalam pukul 9 pagi. Dan habis paling lewat pun pukul 12 tgh hari. Sekejap je kan. Tadi pun abis dalam pukul 11.15 pagi. Tak lama mana pun.huhu.

Dalam satu hari ada dua slot. Satu slot tu dalam 1-1 ½ jam la lebih kurang. Ada slot sirah, tafsir al-Quran, etc. Pastu between 2 slots tu ada baca zikir sikit. Sedap lagu zikir dia.huhu

Seronok dan tenang rasa tadi. Tringat zaman masa sekolah dulu dengar ceramah lepas maghrib kat masjid sekolah. Bezanya, kat Yayasan Restu ni duduk dalam air-cond la. Sejuk. haha. Tapi perbezaan yang paling ketara tu bila kita pandang kiri kanan semua mak ciksss, pak ciksss, atok, nenek.huhu.. Kurang sikit muka-muka yang muda belia macam kteorang ni. Muda ke?haha.:D




Jadi,orang-orang muda, ayuh! untuk mereka yang berkesempatan boleh lah join pergi. :) Mane tau boleh kita jumpa.hihi..

Hari: Setiap hari tak silap. Tak pun Isnin-Jumaat.
Masa: 9 pagi.



Wallahualam. :)


5 comments:

Nur Fatin said...

assalamualaikum, sy berminat ngan kelas agama kt yayasan restu, terutama kelas ust abdullah al fatoni..pernah ke kuliah tafsir beliau di surau at taqwa sek 7..kamu ada jadual penuh kelas agama yayasan restu?really hope u can share it.. :)

Nurul Husna said...

waalaikumussalam. maaf, saya xde la jadual penuh kelas agama tu. saya pun tak pergi hari2. hari xde kuliah and bila ada kelapangan saya pergi. :) ada jugak kawan bgtaw tapi saya pn dah x berapa ingat. :(

Anonymous said...

assalamualaikum...mcm mne nk pegi progrm nie.. ade bayran atau pndftaran ke..

Nurul Husna said...

waalaikumussalam.

x perlu dftr o byr pape. bole je pergi terus. klas tu ada buat kt dalam dewan. :)

Aslin Shukor said...

Assalammualaikum...bagaimana dgn hujung minggu?...sabtu dan ahad ada juga kelas tak?...terima kasih...