Monday, April 15, 2013

Latihan Industri: Nuklear Malaysia II



Assalamualaikum.

Sambungan dari part I.hehe..

Lepas dah settle semua, tinggal tunggu offer letter dari Nuklear Malaysia.

Tak lama lepas tu dapat offer letter. Tak sangka plak aku kena buat x-ray dengan medical checkup. Sebab bahan untuk projek yang aku dapat tu ada radioactive. Jadi, nak kena make sure aku sihat la.huhu..

Projek yang aku dapat tu tajuknya “Kesan Suhu dan Masa terhadap Pengekstrakan Cs-134 dan Cs-137 daripada Teh Tercemar”. Penyelia aku dekat Nuklear, En. Yii Mei Woo. Tapi tak lama lepas dapat offer letter, akak Munirah call cakap En. Yii kena pergi Jepun dalam tempoh aku LI and yang ganti dia Dr. Zal’ Uyun.

So, first day LI tu, kteorang kena daftar pastu ada taklimat sikit. Pasal keselamatan la, pastu kene buat kad keselamatan lagi. Bagitau bangunan penyelia lagi. Nuklear ni ada dua. Satu yang Bangi, satu lagi dekat Dengkil. 5 minit je pun jauh dia.huhu.. Kalau dekat Dengkil tu bangunan 1-40 tak silap aku. Bangunan 40 keatas semua dekat Dengkil. Punya la banyak bangunan dia. Masa daftar tengok macam kecil je Nuklear ni.hehe..

Kteorang ni 10 orang. 6 orang dekat Bangi. Lagi 4 orang dekat Dengkil. Macam aku bangunan 23, so aku kat Bangi je la. Bangunan 23 tu untuk bahagian Radiokimia dan Alam Sekitar. Kat sana memang la banyak bangunan tapi kecil-kecil je. Bangunan aku bangunan 1 tingkat. Satu hari pusing 10 kali pun tak penat.haha.. Ada dalam 20 orang kat bahagian radiokimia ni.

For the first 2 weeks aku seorang je la budak praktikal kat situ. Nak tak nak memang semua kenal aku. Jadi, kenalah behave sikit.hihi..  And 2 weeks tu memang bosan la.haha.. 1st week, selasa baru jumpa En. Yii. Briefing pasal projek semua. Basically senang je projek dia ni. Cuma nak dapat ketepatan result la susah sikit. Aku rasa it’s more to lab techniques kita.

So, rabu, khamis, jumaat masuk lab. First, kena timbang semua bekas yang nak guna. Ada 100 bekas kau tau. Da la comey-comey bekas dia. :P 


 Nama bekas ni cuvette. :)


 Pastu start buat experiment. Try and error la banyak mula-mula sebab nak dapatkan berat serbuk teh yang nak sesuai untuk digunakan.

Serbuk teh ni dari Jepun.


Tu buat air teh la tu.hehe


Equipment untuk kira absorbance


Rasa macam main buat-buat air je.hehe.. Main-main pun bahaya jugak. En. Yii suruh aku pakai google, mask dengan gloves setiap masa kot.huhu.. 2nd week tu lagi terkapai-kapai.haha.. E. Yii dah terbang pergi Jepun. Dr. Uyun plak kena kena pergi Sarawak sebab nak ambil sample air laut kat sana. Seminggu tu aku memang buat apa yang aku rasa nak buat la.haha.. Da la dalam lab seorang-seorang je. Bosan jugak . bosan tak tau nak borak dengan siapa. Sambil buat eksperiment, dengar lagu je la yang mampu.

Hujung minggu ketiga aku dah siap part En. Yii. So, masuk plak part Dr. Uyun. Nak detect Srontium dalam serbuk daun teh tu.


Serbuk teh yang dah dibakar


Kelat rasa kalu minum air teh pekat macam ni


Hebat kan. Dari dark choc jadi warna warni.haha :P


Last step untuk projek aku.hehe



Amek masa 2 minggu jugak lah nak siap. Minggu kelima semua dah siap. 
Tinggal tunggu result Cesium je.

Aku pun start la buat report. Buat report la sangat kn.hehe..  Seminggu sebelum hantar baru nak gelabah kan. Bersengkang mata buat. Buat. Buat. Buat. Sampai nak muntah. Stress betul. Dah siap.  Hantar. Pastu presentation kat Nuklear, esoknya VIVA kat UM.

Pastu? Abis dah! Yeay!


Oh ye, kesimpulan untuk projek aku ni, air teh tu selamat buat minum. Ada kandungan Cs tapi sikit je. Selamat lagi.hehe :)


Kesimpulan untuk latihan industri. Seronoklah.hihi.. Ada niat jugak nak apply kerja sana.haha. :P




Thanks for reading. :D


2 comments:

Anonymous said...

salam hye awk, boleh x share skop kerja kat sana? maksud saya daily xtvt kat sana? insyaallah bakal intern kat agensi nuklear bln 6 ni. tq.

Nurul Husna said...

waalaikumussalam.

rasanya depends pd course kte n jbtn yg kte dpt. mcm org dpt jbtn radiokimia dan alam sekitar. so, mcm ada deal ngn bahan radioactive la. aritu dpt satu projek tok detect cesium dlm teh yg tercemar dari jepun.

ad kwn dpt kt jbtn kimia analisis. so, projek dia mcm kteorg familiar la sbb kteorg bdk kimia..

no worries. inshaAllah sume ok. staf2 dieorg pn baik2 je. :)