Saturday, January 14, 2012

Cantiknya Seorang Wanita

cantiknya seorg wanita itu sbgai GADIS
bukan kerana merah kilauan lipstiknya
pada bibir memekar senyuman kosmetik
tetapi pada keperibadian terpelihara
kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

cantiknya seorg wanita itu sebgai REMAJA
tidak pd kulitnya mulus menggebu terdedah
utk menggoda pandngan nafsu mata
tetapi pd kehidupan terjaga
dari mangsa tohmahan dunia

cantiknya seorg wanita sbgai HAWA
tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
sehingga turunnya insan ke dunia
tetapi menjadi pembakar semangat perwira
menjadi tunjang perjuangn syuhada

cantiknya seorg wanita itu sbgai ANAK
tidak menjerat diri pd lembah kedurhakaan
mengalir mutiara kelopak mata
tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
pd hari kebangkitan bermula

cantiknya seorg wanita itu sbgai ISTERI
bukan kerana peneraju kerjaya dlm rumahtangga
tetapi sentiasa bersama
menempuh badai di sisi suami

cantiknya seorg wanita itu sbgai MENANTU
bukan kerana kemewahan dimata
tetapi bijak dlm menjauhi persengketaan ipar ramai
menjadi penghibur hati permata kehidupan

cantiknya seorg wanita itu sbgai IBU
bukan terletak pd kebangkitan anak
dlm setiap pertelingkahn
tetapi dibawah lembayung kejayaan
membuai anak kala suami menjalin impian

cantiknya seorg wanita itu sbagai MERTUA
tdk kerana berjaya meruntuh istana
tetapi menjalin kasih sayang
tulus hati mengagih kasih setara pd semua

cantiknye seorg wanita itu sbgai WARGANEGARA
bukan kerana menyandang puncak dunia
tetapi bijak menangkis rintangan
peka membela nasib dan maruah negara
menjadi tulang belakang keteguhan semua

cantiknya seorg wanita itu sbgai WARGA TUA
bukan kerana jernihnya mutiara
mengalir deras di kelopak mata
tetapi sentiasa mengumpul cahaya
menghitung hari dgn selembar nasihat

cantiknya seorg wanita itu sbgai INTELEKTUALIS
bukan kerana menjadi sebutan
sehingga menjulang keegoan
tetapi dalam mencari ilmuan
menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Dan cantiknya seorg wanita itu sbagai MUSLIMAH
bukan kerana keindahan paras rupa
sehingga menjadi igauan mata
tetapi berpegang akidah solehah disebalik tirai jiwa
mengandam rindu kekasih pasrah di atas sajadah
mengharap keredhaan kehidupan awana..


2 comments:

[.ika itu aku.] said...

nice!!

nak cakap gak - suke quote kat header atas tu..hihi

uchna said...

hehe..thanks!

ad bace kt dlm buku.tp lupe la plak buku yg mane.(nk ckp bace byk buku la konon.haha:))