Assalamualaikum.
Last week, tengah aku sibik-sibuk buat kerja, tetibe ada
orang ketuk pintu.
“Assalamualaikum. Nak beli tak?”
“Yang ni berapa ringgit?”
“Rm1.50”
“Jap eh”
Aku pun amek 2 keping not RM1 dan bagi kat budak tu.
Tengah-tengah makan tu sedap la pulak. Pastu tefikir, macam
best je kalau buat sendiri.hehe.
Apa lagi, aku pun terus lah Tanya kat cik google.
Aku taip “Resepi donut”.
Haruslah Tanya cik google weyh. Umur baru 23. Standard lah baru
first time nak try buat.hahaha :P
Setelah berpenat lelah, maka terhasil lah donut yang sedap
kebabom ni.haha.. Padahal takde la sedap mana pun. Excited je lebih.hehe..
Tolong abaikan kehodohan rupa dan warna donut tu ye. Biasalah, first time buat.hihi. :D
Kalau nak try buat, resepi dia aku amek kat blog AzieKitchen. Tq Kak Azie. Kalau nak tengok rupa donut yang cantik molek bolehlah
pergi kat blog kak azie.hehe :)
500g tepung gandum
1 paket yis segera
50g marjerin/mentega
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar shortening
2 sudu besar susu pekat
1 biji telur
½ sudu kecil garam
Gula halusatau toping kegemaran anda
190-200ml air suam-suam suku (bergantung pada kualiti
tepung)
CARA-CARA:
Tuangkan air suam dalam bekas besar. Masukkan yis segera,
gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10
minit.
Bila yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum
terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.
Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah
sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu).
Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika
barulah uli menggunakan tangan.(tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah
boleh diuli).
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa
tepung kat dlm bekas tu semua bersih).
Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh
gak dalam 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je).
Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.
Disebabkan aku takde bekas terap donut tu, aku buat secara
manual je la.hehe.. Bulat-bulatkan, pastu leperkan baru buat lupang kat tengah-tengah
tu guna jari.hehe. Sementara tu panaskan minyak dengan api perlahan.
Lebih baik gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Bila
minyak dah agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak
hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh
sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sbb adunan tadi ada telur)
Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia untuk
dihidangkan bersama gula kaster atau topping kegemaran anda. Memandangkan gula
kaster dah habis, aku pun pergi tibia letak gula icing.haha. Halal la.hehe.:D
Selamat mencuba! :)
No comments:
Post a Comment