Assalamualaikum.
Sambungan
dari part I.hehe..
Lepas dah
settle semua, tinggal tunggu offer letter dari Nuklear Malaysia.
Tak lama
lepas tu dapat offer letter. Tak sangka plak aku kena buat x-ray dengan medical
checkup. Sebab bahan untuk projek yang aku dapat tu ada radioactive. Jadi, nak kena
make sure aku sihat la.huhu..
Projek yang
aku dapat tu tajuknya “Kesan Suhu dan Masa terhadap Pengekstrakan Cs-134 dan
Cs-137 daripada Teh Tercemar”. Penyelia aku dekat Nuklear, En. Yii Mei Woo.
Tapi tak lama lepas dapat offer letter, akak Munirah call cakap En. Yii kena
pergi Jepun dalam tempoh aku LI and yang ganti dia Dr. Zal’ Uyun.
So, first
day LI tu, kteorang kena daftar pastu ada taklimat sikit. Pasal keselamatan la,
pastu kene buat kad keselamatan lagi. Bagitau bangunan penyelia lagi. Nuklear
ni ada dua. Satu yang Bangi, satu lagi dekat Dengkil. 5 minit je pun jauh
dia.huhu.. Kalau dekat Dengkil tu bangunan 1-40 tak silap aku. Bangunan 40 keatas
semua dekat Dengkil. Punya la banyak bangunan dia. Masa daftar tengok macam
kecil je Nuklear ni.hehe..
Kteorang ni
10 orang. 6 orang dekat Bangi. Lagi 4 orang dekat Dengkil. Macam aku bangunan
23, so aku kat Bangi je la. Bangunan 23 tu untuk bahagian Radiokimia dan Alam
Sekitar. Kat sana memang la banyak bangunan tapi kecil-kecil je. Bangunan aku
bangunan 1 tingkat. Satu hari pusing 10 kali pun tak penat.haha.. Ada dalam 20
orang kat bahagian radiokimia ni.
For the
first 2 weeks aku seorang je la budak praktikal kat situ. Nak tak nak memang
semua kenal aku. Jadi, kenalah behave sikit.hihi.. And 2 weeks tu memang bosan la.haha.. 1st
week, selasa baru jumpa En. Yii. Briefing pasal projek semua. Basically senang
je projek dia ni. Cuma nak dapat ketepatan result la susah sikit. Aku rasa it’s
more to lab techniques kita.
So, rabu,
khamis, jumaat masuk lab. First, kena timbang semua bekas yang nak guna. Ada
100 bekas kau tau. Da la comey-comey bekas dia. :P
Nama bekas ni cuvette. :)
Serbuk teh ni dari Jepun.
Tu buat air teh la tu.hehe
Equipment untuk kira absorbance
Rasa macam
main buat-buat air je.hehe.. Main-main pun bahaya jugak. En. Yii suruh aku
pakai google, mask dengan gloves setiap masa kot.huhu.. 2nd week tu
lagi terkapai-kapai.haha.. E. Yii dah terbang pergi Jepun. Dr. Uyun plak kena
kena pergi Sarawak sebab nak ambil sample air laut kat sana. Seminggu tu aku
memang buat apa yang aku rasa nak buat la.haha.. Da la dalam lab
seorang-seorang je. Bosan jugak . bosan tak tau nak borak dengan siapa. Sambil
buat eksperiment, dengar lagu je la yang mampu.
Hujung
minggu ketiga aku dah siap part En. Yii. So, masuk plak part Dr. Uyun. Nak
detect Srontium dalam serbuk daun teh tu.
Serbuk teh yang dah dibakar
Kelat rasa kalu minum air teh pekat macam ni
Hebat kan. Dari dark choc jadi warna warni.haha :P
Last step untuk projek aku.hehe
Amek masa 2
minggu jugak lah nak siap. Minggu kelima semua dah siap.
Tinggal tunggu result
Cesium je.
Aku pun
start la buat report. Buat report la sangat kn.hehe.. Seminggu sebelum hantar baru nak gelabah kan.
Bersengkang mata buat. Buat. Buat. Buat. Sampai nak muntah. Stress betul. Dah
siap. Hantar. Pastu presentation kat
Nuklear, esoknya VIVA kat UM.
Pastu? Abis
dah! Yeay!
Oh ye,
kesimpulan untuk projek aku ni, air teh tu selamat buat minum. Ada kandungan Cs
tapi sikit je. Selamat lagi.hehe :)
Kesimpulan
untuk latihan industri. Seronoklah.hihi.. Ada niat jugak nak apply kerja
sana.haha. :P
Thanks for reading. :D
2 comments:
salam hye awk, boleh x share skop kerja kat sana? maksud saya daily xtvt kat sana? insyaallah bakal intern kat agensi nuklear bln 6 ni. tq.
waalaikumussalam.
rasanya depends pd course kte n jbtn yg kte dpt. mcm org dpt jbtn radiokimia dan alam sekitar. so, mcm ada deal ngn bahan radioactive la. aritu dpt satu projek tok detect cesium dlm teh yg tercemar dari jepun.
ad kwn dpt kt jbtn kimia analisis. so, projek dia mcm kteorg familiar la sbb kteorg bdk kimia..
no worries. inshaAllah sume ok. staf2 dieorg pn baik2 je. :)
Post a Comment