Sunday, March 31, 2013

Home Sweet Home



Assalamualaikum.

Ini cerita 2 minggu lepas. First time hari sabtu kat kolej. Kalau tak setiap minggu balik. Tapi baru pukul 10 pagi aku dah blur nak buat apa. So, aku mesej la mak aku. Saje je tanya pasal kereta aku sebab haritu nak hantar bengkel.

“Mak, kereta una dah siap ke?”

“Tak repair lagi. Esok rumah atok han nak buat tahlil family”

“Owh. Esok malam ke?” (Dah tau mesti la buat malam saje je nak tanye lagi.haha)

“Haah, nak balik ke? Suruh buat kek hari tu kalau balik.”

“Bole aje.haha.. Tak tau nak buat apa kat sini.hihi”




So, aku pun gerak balik rumah nak dekat kol 2 jugak la. Ingat nk balik dalm kol 1 tapi rase cam better after solat zohor dulu. Tapi tak sangka plak jalan jem. Haiiihhh.. KL. Sabtu pn jem.



On the way balik dalam kepala try nk ingat balik barang-barang yang tak cukup tok buat muffin coklat tu sebab last week kan baru buat.huhu. Nanti boleh la singgah kdai beli apa yang patut.


Disebabkan kerajinan berada kat tahap paling tinggi, ingat nak buat triffle sekali.haha.. Lagipun kat rumah ada tepung kastard dengan jeli tak diguna lagi.hehe

Sampai dalam kol 3 jugak la kot. Tu tak singgah beli barang lagi.

Barang-barang yang nak dibeli:
i)Koktel
ii)Susu cair
iii)Gula kastor

1st stop: 99 Speedmart
-Dapat beli koktel buah je, susu takde,gula kastor pun takde. Stress.

2nd stop: 99 Speedmart
-Ini susu je ada.

3rd stop: Sri Meena’s Minimart
-Tinggal gula kastor je yang tak beli lagi.

Last-last sampai rumah dalam nak dekat 4 petang. Sampai-sampai buat sportchek kat dapur. Buka peti sejuk, what the.. Telur takde. Bagus. Main ingredient takde. Satu biji pun tak nampak. Tetibe tahap kerajinan turun sampai zero. So, malas la nak proceed. Tunggu mak balik butik je.haha

Jadinya lepas maghrib baru start projek. Rajin tak rajin. Paksa rela pergi kedai lagi.

Kali ni, barang-barang yang nak dibeli:
i)Telur
ii)Bekas cupcake
iii)Tepung
iv)Kek untuk triffle


1st stop: D’lina Bakery
-Sebab nak cari paper cupcake yang sama saiz yang ada kat rumah kenalah g kedai yang supply
  barang-barang pastry
-Kebetulan time datang ni buka sebab dieorang tengah betulkan aircond kot.
-Dapatlah beli paper cupcake, tepung dengan coklat chip. Saje je beli. Duit mak.haha

2nd stop: Zanariah Mart
-Beli kek untuk triffle. Tibai je la kek swiss roll apa yang ada time tu.

3rd stop: KK Mart
-Telur sepapan.

Ada la sejam jugak. Sampai adik aku tanye g mane.haha. Aku memang macam ni. Suka kalau beli barang satu kedai satu barang. Ya Allah.. stress betul. Selalu macam ni. Susah betul satu kedai tu bole dapat semua yang aku nak beli. Baik buka kedai sendiri. Kadang-kadang tu rasa macam tawaf satu pekan meru tu cari barang.

10 malam baru start buat aduanan. Sambil-sambil tu tengok cerekarama sekali. Nasib baik la kat dapur ni ad tv. Walaupun ada channel tv1 dengan tv3 je. Bole la daripada takde.huhu.. Kitaorang kalau tengok tv iklan je mesti tukar channel lain. 

Bila tengok tv kat dapur, aku tukar je adik aku cakap “takyah nak tukar-tukat sangat la. Ada tv1 ngan tv3 je pn.” haha. Senget!

Malam tu aku buat satu adunan. Dapatlah dalam 40-43 biji muffinsss. Tu pun ada yang tak berapa nak kembang sebab tangan ni gatal sangat dok g bukak-bukak penutup time tengah kukus.hehe.. Ngam-ngam abis carekarama, abislah aku buat muffin. Penat woo. Esok nak sambung buat lagi. Oleh itu, jom tido! Zzzzzz…




Disebabkan kepenatan, aku bangun kol 9. Mak pun dah takde, g rewang. Lepas subuh sambung tidur balik. Bagus betul kan anak dara sorang ni.haha.. Alaaa.. macam tak biasa buat je. :P  

Bangun je, gosok gigi,basuh muka terus g dapur.. Nasib baik ada adik yang tengah free tolong kemas rumah.haha.. Apa lagi, moh la kita  sambung projek kita.huhu.. Satu adunan lagi.

2 jam berlalu…


Siap lagi 45 biji muffinss. Tolak dengan yang tak embang, masuk dalm perut lagi. Ada la dalam 68 biji yang tinggal untuk bawa g rumah atuk. Dapat dalam 2 ½ tupperware. Cukup la kot kan.. Bukan sedap sangat pun. Nanti takde orang makan.haha

Muffin dah siap, sambung pulak buat triffle. Sejam lebih siap. Yang ni nak buat jamu kawan-kawan kat UM.hehe.. Dan sebab ada request dari kawan LI satu tempat. Sebabnya time LI aku sumbat dieorang makan triffle ni.haha. Kan ketagih. Sedap tak sedap triffle aku? Mwahahaha..






Tetibe..

“Una, mak cakap nanti masak nasi.”

Errkk.. Masak nasi. Ok. Siap. Ambil bawang.

“Nak buat ape? Mak cakap masak nasi je.”

Legaaaa…hahaha. PEMALAS btol.

Siap-siap kemas semua barang. Kaka,kiki,koko dah bising minta makan. Orang belikan makanan kucing tu tak nak makan pulak. Minta ikan. Demand betul.huhu.

Disebabkan sifat belas kasihan dan sayang yang menggunung, aku turutkan jugak.haha..

Pergi la econsave semata nak beli ikan untuk kucing-kucing kesayangan.huhu.. Ikan kembung Rm3.90/kg. Nasib baik murah. Kalau tak kosong juga purse aku ni karang. Haha..



Dari kiri: Kaka,Koko,Kiki :D



Sampai umah,

Mak cakap macam nak penuhkan tiga-tiga tupperware tu. Tapi mak cakap suka hati nak buat lagi tak.

Last-last dengan tahap kerajinan yang tinggal ni aku buat lagi satu adunan. Tapi kena pergi kedai lagi sebab susu dengan gula kastor dah abis. So, beli je la kat kedai runcit yang paling dekat. Aku rase kalo aku jalan kaki pergi beli barang-barang tu semua dari malam tadi boleh mau turun sekilo.huuuu..

Gula kastor. 400 g rm2.50. Tak paham aku kadang-kadang pekedai ni. Kedai lain bole je jual rm1.80-rm1.90 satu. Aku ni dah la kedekut. Lagi nak jual mahal-mahal kat aku.

So, total aku buat 3 aduanan. Dapat dalam 120-130 biji muffinsssss… banyak tak banyak. Muat 4 tupperware. Ada lebih lagi.hehe.. 4 ptg siap semua.


Nak kena kemas balik kolej pulak. @@ Penat.. Aaaa…





Atas dasar kemanusian terhadap diri sendiri dan kepenatan yang melanda. Aku decide balik isnin pagi. Kelas kol 9. Takpeee….hehhh.. Jadinya, malam boleh la berlama-lamaan kat umah atuk.haha



Itu je la aku nak tulis.hehe X)
 Siapa kata setiap minggu aku balik rumah goyang kaki je. I’m a busy person ok. hahahaha. :D

Panjangkan entry ni. Tq untuk masa korang yang diguna untuk baca entry ni.hehe. <3



No comments: