Assalamualaikum.
Ini cerita 2 minggu lepas. First time hari sabtu kat
kolej. Kalau tak setiap minggu balik. Tapi baru pukul 10 pagi aku dah blur nak
buat apa. So, aku mesej la mak aku. Saje je tanya pasal kereta aku sebab haritu
nak hantar bengkel.
“Mak, kereta
una dah siap ke?”
“Tak repair
lagi. Esok rumah atok han nak buat tahlil family”
“Owh. Esok
malam ke?” (Dah tau mesti la buat malam saje je nak tanye lagi.haha)
“Haah, nak
balik ke? Suruh buat kek hari tu kalau balik.”
“Bole
aje.haha.. Tak tau nak buat apa kat sini.hihi”
So, aku pun gerak balik rumah nak dekat kol 2 jugak
la. Ingat nk balik dalm kol 1 tapi rase cam better after solat zohor dulu. Tapi
tak sangka plak jalan jem. Haiiihhh.. KL. Sabtu pn jem.
On the way balik dalam kepala try nk ingat balik
barang-barang yang tak cukup tok buat muffin coklat tu sebab last week kan baru
buat.huhu. Nanti boleh la singgah kdai beli apa yang patut.
Disebabkan kerajinan berada kat tahap paling tinggi,
ingat nak buat triffle sekali.haha.. Lagipun kat rumah ada tepung kastard
dengan jeli tak diguna lagi.hehe
Sampai dalam kol 3 jugak la kot. Tu tak singgah beli
barang lagi.
Barang-barang yang nak dibeli:
i)Koktel
ii)Susu cair
iii)Gula kastor
1st stop: 99 Speedmart
-Dapat beli koktel buah je, susu takde,gula kastor pun
takde. Stress.
2nd stop: 99 Speedmart
-Ini susu je ada.
3rd stop: Sri Meena’s Minimart
-Tinggal gula kastor je yang tak beli lagi.
Last-last sampai rumah dalam nak dekat 4 petang.
Sampai-sampai buat sportchek kat dapur. Buka peti sejuk, what the.. Telur
takde. Bagus. Main ingredient takde. Satu biji pun tak nampak. Tetibe tahap
kerajinan turun sampai zero. So, malas la nak proceed. Tunggu mak balik butik
je.haha
Jadinya lepas maghrib baru start projek. Rajin tak
rajin. Paksa rela pergi kedai lagi.
Kali ni, barang-barang yang nak dibeli:
i)Telur
ii)Bekas cupcake
iii)Tepung
iv)Kek untuk triffle
1st stop: D’lina Bakery
-Sebab nak cari paper cupcake yang sama saiz yang ada kat
rumah kenalah g kedai yang supply
barang-barang
pastry
-Kebetulan time datang ni buka sebab dieorang tengah
betulkan aircond kot.
-Dapatlah beli paper cupcake, tepung dengan coklat
chip. Saje je beli. Duit mak.haha
2nd stop: Zanariah Mart
-Beli kek untuk triffle. Tibai je la kek swiss roll
apa yang ada time tu.
3rd stop: KK Mart
-Telur sepapan.
Ada la sejam jugak. Sampai adik aku tanye g mane.haha.
Aku memang macam ni. Suka kalau beli barang satu kedai satu barang. Ya Allah..
stress betul. Selalu macam ni. Susah betul satu kedai tu bole dapat semua yang
aku nak beli. Baik buka kedai sendiri. Kadang-kadang tu rasa macam tawaf satu
pekan meru tu cari barang.
10 malam baru start buat aduanan. Sambil-sambil tu
tengok cerekarama sekali. Nasib baik la kat dapur ni ad tv. Walaupun ada
channel tv1 dengan tv3 je. Bole la daripada takde.huhu.. Kitaorang kalau tengok
tv iklan je mesti tukar channel lain.
Bila tengok tv kat dapur, aku tukar je adik aku cakap “takyah nak tukar-tukat sangat la. Ada tv1 ngan tv3 je pn.” haha. Senget!
Bila tengok tv kat dapur, aku tukar je adik aku cakap “takyah nak tukar-tukat sangat la. Ada tv1 ngan tv3 je pn.” haha. Senget!
Malam tu aku buat satu adunan. Dapatlah dalam 40-43
biji muffinsss. Tu pun ada yang tak berapa nak kembang sebab tangan ni gatal
sangat dok g bukak-bukak penutup time tengah kukus.hehe.. Ngam-ngam abis
carekarama, abislah aku buat muffin. Penat woo. Esok nak sambung buat lagi.
Oleh itu, jom tido! Zzzzzz…
Disebabkan kepenatan, aku bangun kol 9. Mak pun dah
takde, g rewang. Lepas subuh sambung tidur balik. Bagus betul kan anak dara
sorang ni.haha.. Alaaa.. macam tak biasa buat je. :P
Bangun je, gosok gigi,basuh muka terus g dapur.. Nasib
baik ada adik yang tengah free tolong kemas rumah.haha.. Apa lagi, moh la
kita sambung projek kita.huhu.. Satu
adunan lagi.
2 jam berlalu…
Siap lagi 45 biji muffinss. Tolak dengan yang tak
embang, masuk dalm perut lagi. Ada la dalam 68 biji yang tinggal untuk bawa g
rumah atuk. Dapat dalam 2 ½ tupperware. Cukup la kot kan.. Bukan sedap sangat
pun. Nanti takde orang makan.haha
Tetibe..
“Una, mak cakap nanti masak nasi.”
Errkk.. Masak nasi. Ok. Siap. Ambil bawang.
“Nak buat ape? Mak cakap masak nasi je.”
Legaaaa…hahaha. PEMALAS btol.
Siap-siap kemas semua barang. Kaka,kiki,koko dah
bising minta makan. Orang belikan makanan kucing tu tak nak makan pulak. Minta
ikan. Demand betul.huhu.
Disebabkan sifat belas kasihan dan sayang yang
menggunung, aku turutkan jugak.haha..
Pergi la econsave semata nak beli ikan untuk
kucing-kucing kesayangan.huhu.. Ikan kembung Rm3.90/kg. Nasib baik murah. Kalau
tak kosong juga purse aku ni karang. Haha..
Dari kiri:
Kaka,Koko,Kiki :D
Sampai umah,
Mak cakap macam nak penuhkan tiga-tiga tupperware tu.
Tapi mak cakap suka hati nak buat lagi tak.
Last-last dengan tahap kerajinan yang tinggal ni aku
buat lagi satu adunan. Tapi kena pergi kedai lagi sebab susu dengan gula kastor
dah abis. So, beli je la kat kedai runcit yang paling dekat. Aku rase kalo aku
jalan kaki pergi beli barang-barang tu semua dari malam tadi boleh mau turun
sekilo.huuuu..
Gula kastor. 400 g rm2.50. Tak paham aku kadang-kadang
pekedai ni. Kedai lain bole je jual rm1.80-rm1.90 satu. Aku ni dah la kedekut.
Lagi nak jual mahal-mahal kat aku.
So, total aku buat 3 aduanan. Dapat dalam 120-130 biji
muffinsssss… banyak tak banyak. Muat 4 tupperware. Ada lebih lagi.hehe.. 4 ptg
siap semua.
Nak kena kemas balik kolej pulak. @@ Penat.. Aaaa…
Atas dasar kemanusian terhadap diri sendiri dan
kepenatan yang melanda. Aku decide balik isnin pagi. Kelas kol 9.
Takpeee….hehhh.. Jadinya, malam boleh la berlama-lamaan kat umah atuk.haha
Itu je la aku nak tulis.hehe X)
Siapa kata setiap
minggu aku balik rumah goyang kaki je. I’m a busy person ok. hahahaha. :D
Panjangkan entry ni. Tq untuk masa korang yang diguna
untuk baca entry ni.hehe. <3