Monday, March 3, 2014
Dream
Why.
I keep dreaming about him.
And keep hating him even in my dream.
Monday, April 15, 2013
Latihan Industri: Nuklear Malaysia III
Assalamualaikum.
Sepanjang LI, banyak jugak aktiviti yang kitaorang buat kat
sini. Ye la, nak kurangkan stress orang bekerja la katakana.hehe..
Kalau hari-hari kerja tu. rutin kitaorang lebih kurang sama
je. Bagun pagi, siap-siap. Gerak pergi kerja paling lambat pun pukul 7:15 pagi.
Ye la, nak lalu depan UKM Bangi tu memang jem la. Dengan traffic light dia
lagi. Kadang-kadang sampai 3 kali lampu merah baru lepas.huhu.. Nasib baik ada
JOHARA pagi di Era. Memang kitaorang gelak je la on the way pergi Nuklear
tu.huhu..
Kalau sarapan pun
dalam kereta je la. selalu makan roti je.hehe :D
Masa mula-mula kitaorang LI, lunch dekat café Nuklear je.
Tapi memandangkan ramai yang dah keluar awal, untuk budak-budak macam kitaorang
yang keluar pukul 1 memang makan nasi lauk angin je la. Last-last kitaorang
decide bawak bekal je pergi sana.hehe.. Port baik pun dah jumpa.haha.. :P
Memandangkan kitaorang ni rajin sangat nak masak kan (tangan
kat dada,mata pandang atas), kitaorang suka pergi econsave. Berair-cond dan
save budget.haha.. Pergi econsave pun dah kira best pe. Takde la duduk kat
rumah je.hehe..
Kalau hujung minggu je aku balik rumah. Kesian jugak kat
housemates sebab takde transport nak gerak jauh-jauh. Duduk rumah je la yang
bole.huhu..
Bila masuk bulan Julai dah start puasa Ramdhan. Bila petang
je kitaorang akan beli je kat bazar yang dekat dengan rumah kteorang.heee..
Penat la katakan.haha.. Kalau sahur kitaorang masak, kalau untuk buka puasa
kadang-kadang je la kitaorang masak sendiri. Pelik kan.haha. :D
Malam terawih senang je. Surau berapa tapak je pun dengan
rumah kitaorang.hehe..
Testing buat triffle
masa bulan puasa.hehe..
Ada satu malam tu kitaorang pergi Alamanda. Petang tu baru
balik dari UM. Lepas hantar report LI. Orang senang hati, haruslah rasa nak
pergi jalan-jalan.haha.. Lagi-lagi, hari tu yang masa Baskin Robbins bagi ais
krim free. Ingat tak?hehe.. Tapi sampai sana tak makan pun ais krim Baskin Robbins.
Yang beratur, mak ai. Tak tau la dari bila diaorang ni beratur. Panjang bapak.
Makan ais krim mcD singgit
pun jadi la.haha
Rasa-rasanya dah kerja nanti hidup macm ni ke.hehe.. @@
Ingat tak aku cakap dieorang ni bukan dalam geng aku kat UM?
Tapi sepanjang dengan dieorang ni. Aku tak rasa pun macam tu.huhu..
Jangan asyik cakap orang lain tak sekepala dengan kita, kita
tak boleh nak masuk dengan diaorang.
We will not know, unless we tried. Kan. :D
Thanks for reading. :)
Resepi: Karipap Sardin
Assalamualaikum
w.b.t
Baru first
day cuti pertengahan sem, dah tak tau nak buat apa.hehe
Petang tu
tetiba terasa nak buat karipap sardine. Dari hari tu rasa nak buat Cuma tak
berkesempatan je.hehe.. So, nak buat karipap sardine, apa yang penting?
Haruslah sardine kan. Heee
Selongkar
laci tak ada la pulak sardine. Tengah hujan lagi. Tunggu punya tunggu, reda
sikit hujan. Renyai-renyai je. Jadi, boleh lah pergi kedai beli sardine. :)
Jalan kaki ok. Siap berpayung lagi.haha.. Terasa macam siti sifir. :P
Ok. Sardine dah ada. Beli tin yang paling besar lagi. Tamak betul.hihi..
Tapi kan
sardin ni makin lama makin mahal. Tak tau la macam mana bila aku dah kahwin
nanti. Budget barang dapur kena up sikit la.hehehe..
Resepi ini
aku ambil dari Majalah MIDI. Majalah untuk mereka-mereka yang berumur 40-an.
Aku baru 23 tahun ok. :P
Ini pun baru first time aku buat sendiri bancuhan. Selalu kalau buat, emak yang sediakan semua. Aku tolong bentukkan karipap je.hehe.:)
BAHAN-BAHAN:
2 cawan
tepung gandum
3 sudu
marjerin (dicairkan)
5 sudu
besar minyak masak (dipanaskan kemudian dibiarkan suam)
Sedikit
air
Garam
secukup rasa
Bahan
Inti;
1 tin
sardin
1 biji
bawang besar (dipotong dadu)
2 biji
bawang putih (dicincang)
1 sudu
cili kisar
Garam
dan gula secukup rasa
CARA-CARA
(ini explain ikut cara aku):
1.
Dalam bekas besar, masukkan tepung gandum.
Kemudian tuangkan minyak masak kedalam bekas tadi. Gaul sedikit.
2.
Cairkan mentega di atas api. Bila sudah cair,
tuangkan ke dalam campuran tepung dan minyak tadi. Gaulkan lagi.
3.
Kemudian, tambahkan air. Aku guna air suam.
Tambahkan air sedikit demi sedikit sampai bancuhan tadi menjadi doh dan tidak
melekat lagi di tangan dan dinding bekas.
4.
Jangan lupa masukkan sedikit garam. Dah pun
siap.
5.
Untuk membuat inti sardine pula, asingkan isi
sardine dengan sosnya.
6.
Di dalam minyak panas, tumiskan cili kisar,
bawang besar dan bawang putih. Kuantiti bawang besar tu ikut la nak banyak ke
sikit. Aku guna 2 biji.hehe..
7.
Bila da naik bau, masukkan sardine. Gaulkan dan
hancur-hancurkan sedikit sardine tu.
8.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian,
tumiskan sehingga masak.
9.
Sebelum disejukkan, pastikan inti sardine tadi
tu sedikit kering ok.
10.
Lepas tu, boleh lah bentuk-bentukkan karipap
sardine tu. Kalau rasa nak buat panjang-panjang pun boleh. Bentuk karipap yang
biasa tu pun boleh jugak.hehe..
Mak
cakap boleh buat jual.haha.. Tapi nanti aku rugi sebab sardin banyak
betul.haha.. Selalu orang jual bawang besar je yang banyak.huhu. :P Ye la, mau tak banyak. Dah kate pun tamak beli sardin tin paling besar.haha :D
Selamat
Mencuba! :)
Latihan Industri: Nuklear Malaysia II
Assalamualaikum.
Sambungan
dari part I.hehe..
Lepas dah
settle semua, tinggal tunggu offer letter dari Nuklear Malaysia.
Tak lama
lepas tu dapat offer letter. Tak sangka plak aku kena buat x-ray dengan medical
checkup. Sebab bahan untuk projek yang aku dapat tu ada radioactive. Jadi, nak kena
make sure aku sihat la.huhu..
Projek yang
aku dapat tu tajuknya “Kesan Suhu dan Masa terhadap Pengekstrakan Cs-134 dan
Cs-137 daripada Teh Tercemar”. Penyelia aku dekat Nuklear, En. Yii Mei Woo.
Tapi tak lama lepas dapat offer letter, akak Munirah call cakap En. Yii kena
pergi Jepun dalam tempoh aku LI and yang ganti dia Dr. Zal’ Uyun.
So, first
day LI tu, kteorang kena daftar pastu ada taklimat sikit. Pasal keselamatan la,
pastu kene buat kad keselamatan lagi. Bagitau bangunan penyelia lagi. Nuklear
ni ada dua. Satu yang Bangi, satu lagi dekat Dengkil. 5 minit je pun jauh
dia.huhu.. Kalau dekat Dengkil tu bangunan 1-40 tak silap aku. Bangunan 40 keatas
semua dekat Dengkil. Punya la banyak bangunan dia. Masa daftar tengok macam
kecil je Nuklear ni.hehe..
Kteorang ni
10 orang. 6 orang dekat Bangi. Lagi 4 orang dekat Dengkil. Macam aku bangunan
23, so aku kat Bangi je la. Bangunan 23 tu untuk bahagian Radiokimia dan Alam
Sekitar. Kat sana memang la banyak bangunan tapi kecil-kecil je. Bangunan aku
bangunan 1 tingkat. Satu hari pusing 10 kali pun tak penat.haha.. Ada dalam 20
orang kat bahagian radiokimia ni.
For the
first 2 weeks aku seorang je la budak praktikal kat situ. Nak tak nak memang
semua kenal aku. Jadi, kenalah behave sikit.hihi.. And 2 weeks tu memang bosan la.haha.. 1st
week, selasa baru jumpa En. Yii. Briefing pasal projek semua. Basically senang
je projek dia ni. Cuma nak dapat ketepatan result la susah sikit. Aku rasa it’s
more to lab techniques kita.
So, rabu,
khamis, jumaat masuk lab. First, kena timbang semua bekas yang nak guna. Ada
100 bekas kau tau. Da la comey-comey bekas dia. :P
Nama bekas ni cuvette. :)
Serbuk teh ni dari Jepun.
Tu buat air teh la tu.hehe
Equipment untuk kira absorbance
Rasa macam
main buat-buat air je.hehe.. Main-main pun bahaya jugak. En. Yii suruh aku
pakai google, mask dengan gloves setiap masa kot.huhu.. 2nd week tu
lagi terkapai-kapai.haha.. E. Yii dah terbang pergi Jepun. Dr. Uyun plak kena
kena pergi Sarawak sebab nak ambil sample air laut kat sana. Seminggu tu aku
memang buat apa yang aku rasa nak buat la.haha.. Da la dalam lab
seorang-seorang je. Bosan jugak . bosan tak tau nak borak dengan siapa. Sambil
buat eksperiment, dengar lagu je la yang mampu.
Hujung
minggu ketiga aku dah siap part En. Yii. So, masuk plak part Dr. Uyun. Nak
detect Srontium dalam serbuk daun teh tu.
Serbuk teh yang dah dibakar
Kelat rasa kalu minum air teh pekat macam ni
Hebat kan. Dari dark choc jadi warna warni.haha :P
Last step untuk projek aku.hehe
Amek masa 2
minggu jugak lah nak siap. Minggu kelima semua dah siap.
Tinggal tunggu result
Cesium je.
Aku pun
start la buat report. Buat report la sangat kn.hehe.. Seminggu sebelum hantar baru nak gelabah kan.
Bersengkang mata buat. Buat. Buat. Buat. Sampai nak muntah. Stress betul. Dah
siap. Hantar. Pastu presentation kat
Nuklear, esoknya VIVA kat UM.
Pastu? Abis
dah! Yeay!
Oh ye,
kesimpulan untuk projek aku ni, air teh tu selamat buat minum. Ada kandungan Cs
tapi sikit je. Selamat lagi.hehe :)
Kesimpulan
untuk latihan industri. Seronoklah.hihi.. Ada niat jugak nak apply kerja
sana.haha. :P
Thanks for reading. :D
Subscribe to:
Posts (Atom)



